Berita

Pemain Dota 2 Malaysia Memperoleh Hadiah RM 11.2 Juta Dalam The International 7

Diolah oleh hang92

Kami pasti bahawa ramai rakyat di Malaysia sedang mengikuti acara Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur khususnya terhadapa kontinjen sukan Malaysia. Namun pada minggu lepas, telah berlangsungnya acara berprestij  pertandingan The International Dota 2 di KeyArena, Seattle.

Nampaknya kontinjen daripada Malaysia yang menyertai pertandingan ini tidak pulang dengan hampa, pemain eSukan Dota 2, Tue Soon Chuan (Ah Fu) dan pasukannya iaitu LGD.Forever Young, telah mendapat tempat ketiga di dalam acara tersebut, dan mereka membawa pulang duit hasil kemenangan sebanyak $ 2.6 juta (~ RM 11.2 juta).

“Ah Fu” Soon Chuan merupakan satu-satunya pemain Malaysia di dalam pasukan tersebut. Dia yang berasal daripada Tanjung Sepat, Selangor, telah mengambil bahagian di dalam pertandingan The International 2017 Dota 2 sebagai salah seorang ahli di dalam kumpulan yang berasal daripada China ini.

Jumlah wang kemenangan terkumpul, prize pool untuk pertandingan Dota 2 pada tahun ini telah terkumpul lebih daripada $24 juta, lebih sebanyak $3 juta daripada acara yang sama pada tahun lepas.

Pasukan LGD.Forever Young, kalah pada lower bracket akhir kepada juara Team Liquid yang berasal daripada Eropah, yang membawa pulang wang kemenangan sebanyak $10.9 juta (~ RM42.91 juta).

Baca JugaPasukan Liquid Telah Memenangi DOTA 2: The International Dan Membawa Pulang RM 42.91 Juta

Hadiah kemenangan sebanyak RM 11.2 juta ini, mewakili sebanyak 10% daripada kesemua jumlah hadiah kemenagan terkumpul.

Bagaimanapun, mengikut laporan, setiap pemain yang menerima wang kemenangan ini masih lagi boleh menerima duit kemenangan yang mencukupi untuk menjadi jutawan.

Pada tahun lepas, pasukan Fnatic daripada Malaysia telah memenangi hadiah kemenangan sebanyak $1.4 juta (~ RM5.6 juta) setelah berhempas pulas dan mendapat tempat ke-4.

Rumusan

Hadiah kemenangan bernilai jutaan dollar kini sudah menjadi kebiasaan di dalam pertandingan eSukan, hadiah kemenangan yang terkumpul ini selalunya datang daripada penajaan yang mahukan produk mereka diiklankan pada pertandingan tersebut.

Sebagai perbandingan, acara Badminton Super Series Masters Finals menawarkan jumlah hadiah kemenangan terkumpul sebanyak RM2 juta, ataupun pertandingan sukan lain seperti Le Tour de France menawarkan hadiah kemenangan terkumpul sebanyak RM10.1 juta.

Siapa kata bermain permainan video ini membuang masa?

sumber: NST 

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.