Berita

Pemain Manchester City Memberi Reaksi Terhadap Penarafan FIFA 18 Mereka

Diolah oleh hang92

Nampaknya penangan daripada permainan video bolasepak popular FIFA 18 sangat popular. Dan selain daripada peminat bolasepak itu sendiri, pemain bolasepak juga turut menyukai permainan ini.

Kali ini pemain bolasepak daripada kelab Manchester City ditunjukkan dengan penarafan, ratings oleh permainan FIFA 18.

Seperti yang anda dapat lihat di bawah, reaksi mereka bercampur aduk, ada yang suka dan ada yang tidak suka. Bernardo Silva dan Gabriel Jesus nampak seperti berpuas hati dengan markah mereka, manakala Ilkay Gundogan tidak berapa suka dengan markah dia. Kyle Walker pula menyatakan bahawa dia tidak begitu pantas berbanding rakan sepasukan Leroy Sané dan Raheem Sterling yang mempunyai langkah yang lebih pantas daripada dia.

Kyle Walker akhirnya mencabar kedua pemain tersebut untuk berlari 100-meter untuk mengetahui siapa yang lebih pantas.

Bintang utama video ini sudah tentu Benjamin Mendy, yang muncul di dalam video ini di dalam keadaan bertopang. Dia membuat rungutan kenapa dia hanya memperoleh markah sebanyak 78.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia