Berita

Pemain Overwatch Kini Sudah Mencecah 30 Juta

Diolah oleh hang92

Permainan daripada Blizzard, Overwatch kini mencapai satu tahap yang membanggakan.

Blizard pada hari ini telah mengumumkan bahawa permainan mereka ini telah melebihi 30 juta pemain di seluruh dunia. Angka ini meningkat daripada 25 juta pemain pada Januari lepas.

Overwatch tidak semestinya menjual 30 juta salinan permainanan, bagaimanapun pemain yang telah berdaftar dengan permainan ini secara rasmi merupakan satu pencapaian yang besar kepada syarikat.

Pada bulan November, Blizzard telah mengumumkan bahawa Overwatch telah mencecah 20 juta pemain berdaftar, angka yang sangat besar daripada mana-mana permainan dalam sejarah Blizzard.

Dalam cerita Overwatch lain, watak D.Va tersebut telah dkeluarkan buat sementara waktu pada hari ini berkaitan beberapa isu.

Permainan Overwatch boleh didapati pada platform PlayStation 4, Xbox One dan Microsoft Windows

sumber : gamespot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.