Berita

Pemain PlayerUnknown’s Battlegrounds Sudah Melebihi 500,000 di Steam

Diolah oleh hang92

Permainan yang tidak perlu diperkenalkan lagi, PlayerUnknown’s Battlegrounds terus menerus memecahkan rekod di Steam. Untuk minggu ini, untuk kali pertama permainan PUBG ini telah pun melebihi seramai 500,000 orang pengguna di platform Steam.

Pengarah kreatif permainan, Brendan Greene telah mengumumkan berita ini pada akaun Twitter beliau:

Pada awal minggu ini, permainan PUBG telah dilaporkan akan turut dilancarkan untuk konsol PS4 dan juga Xbox One X. Jika perkara ini berlaku, maka jumlah pemain bagi permainan ini akan melonjak naik dengan serta merta. Permainan ini sangat menarik sehingga pemain konsol di serata dunia telah meminta penerbit permainan PUBG untuk turut melancarkan permainan ini kepada platform konsol.

Jika anda masih kabur tentang permainan ini, permainan ini merupakan permainan yang memerlukan sekumpulan besar pemain atas talian yang akan dikumpulkan pada satu arena. Semua pemain perlu mengumpul senjata, bekalan, dan apa sahaja yang boleh dijumpai untuk membunuh pemain lain.

PlayerUnknown’s Battlegrounds kini boleh didapat pada Steam untuk Early Access. Untuk permainan penuh, permainan ini boleh didapati pada konsol Xbox One dan PC pada hujung tahun ini, versi PS4 dikhabarkan pada awal tahun hadapan.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.