Berita

Pemain Serentak Fortnite Battle Royale Kini Menghampiri Angka Pemain Serentak Dota 2

Diolah oleh Konsol

Apa sudah jadi dengan permainan DOTA 2? Adakah kebanyakan daripada kita sudah mula bosan dan muak dengan permainan DOTA 2 yang cukup popular beberapa bulan yang lalu?

Jika semalam kami mendedahkan bahawa permainan Player Unknown Battleground (PUBG) menghampiri jumlah 2 juta pemain serentak. Hari ini pihak Fornite Battle Royale pula telah pun mengumumkan bahawa pemain serentak bagi permainan mereka kini sudah menghampiri jumlah pemain serentak yang dicatatkan oleh permainan Dota 2.

Menurut pihak Fornite Battle Royale, jumlah pemain serentak mereka kini telah pun mencapai angka 525,000 orang pemain. Sebagai perbandingan, permainan popular Dota 2 kini hanya mempunyai sejumlah 700,000 orang pemain.

Berita ini sudah semestinya adalah berita yang amat gembira dan membanggakan kerana semua sedia maklum permainan Fortnite Battle Royale ini baru sahaja dilancarkan tidak sampai 2 bulan. Tetapi sudah berjaya mendapat tempat di hati pemain yang meminati genre permainan seperti Player Unknown Battleground (PUBG) ini.

Apa yang membuatkan permainan Fortnite Battle Royale ini lebih menarik berbanding Player Unknown Battleground (PUBG) ialah kerana ia hadir dengan percuma dan boleh dimainkan di konsol seperti Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Jadi apa kata anda? Adakah anda juga salah seorang yang telah menyumbang kepada andka pemain serentak permainan Fortnite Battle Royale ini? Kongsikannya bersama kami.

Sumber: Inquisitr

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.