Tips

Pembalut Dok Untuk Nintendo Switch

Diolah oleh hang92

Masih ingatkan anda artikel kami tentang beberapa masalah yang anda akan hadapi sekiranya anda mempunyai Nintendo Switch?

Salah satu daripada masalah tersebut ialah skrin Switch akan bercalar sekiranya anda meletakkan konsol tersebut ke dalam dok yang disediakan.

Dimana ada kecacatan sesuatu produk popular, maka di situ akan terlahirnya idea-idea untuk membuat keuntungan.

Rupanya ada syarikat lain nampak peluang ini membuat keuntungan. Bagaikan menangguk di air yang keruh.

Tidak apa, kami tidak kisah. Kerana selagi idea ini diuruskan dengan baik dan halal dari segi syarak kami sentiasa akan menyokong idea-idea kreatif seperti ini. Malah kami agak menyesal, kenapa kami tidak melahirkan idea ini terlebih dahulu?

Masih belum ada pengesahan apakah calar yang dihasilkan oleh pemilik yang cuai atau kecacatan dok itu sendiri. Jika anda bimbang bahawa dok tersebut boleh merosakkan skrin konsol baru anda, terdapat penjual yang mengiklankan barangan di Etsy dan dia telah menghasilkan beberapa kain pembalut dok yang sangat menarik.

Penjual TinckoyMakesitSew mempunyai masa yang agak banyak dan dia membuat keputusan untuk menjahit beberapa kain pembalut dok sejak pelancaran konsol ini dinamakan sebagai “Dock Cozys”.

Kami suka bagaimana pembalut ini kelihatan sangat cantik jika kena dengan gayanya. Jika anda tiada masalah skrin bercalar jangan bimbang anda masih boleh gunakan ianya sebagai kain untuk mengelap skrin Nintendo Switch anda.

Anda boleh melihat semua kain pembalut yang telah dihasilkan di sini. 

sumber : kotaku

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.