Berita

Pembikin God of War Mendedahkan Bahawa Terdapat Pertempuran Dinamik Kratos dan Anaknya

Diolah oleh hang92
Semua orang sudah tahu akan kehadiran permainan God of War ini akan dilancarkan pada awal tahun 2018.

God of War terbaru ini akan mempersembahkan beberapa teknik pertempuran dinamik di antara Kratos dan anaknya, itu kata pembikin dari syarikat Sony Santa Monica Studio.

Image result for god of war

Bercakap pada majalah permainan OPM UK, pegawai pemasaran syarikat, Aaron Kaufman, menerangkan bahawa anaknya Kratos (Atreus) akan menolong sekiranya Kratos di dalam kesusahan

“Ada terdapat gerakan yang betul-betul menarik dimana Atreus akan melompat di belakang musuh dan lalu anda akan menekan butang Petak, Atreus akan menyelunsur di bawah musuh dan melepaskan panah, kemudian anda boleh juga membaling kapak ke arah musuh. Itu merupakan salah satu contoh pertempuran dinamik di antara Kratos dan Atreus, banyak lagi contoh seperti itu.

Baca juga – Sah! Days Gone, God Of War Dan Spider-Man Akan Dilancarkan Pada Suku Pertama 2018

God of War akan dilancarkan eksklusif untuk PlayStation 4 pada tahun 2018. Tidak seperti permainan GOW terdahulu yang dimainkan pada persekitaran Greek, GOW terbaru ini akan dimainkan pada zaman Dewa Norse dan akan ditemani oleh anaknya semasa mengembara.

Untuk pengetahuan anda, permainan ini akan melibatkan lebih banyak jalan cerita dan kandungan yang lebih matang yang dinspirasikan daripada permaina Naughty Dog iaitu The Last of Us, dan ura-ura mengatakan permainan ini merupakan aksi Kratos yang terakhir.

Sumber: PSU

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.