Berita

Pemenang Rekabentuk T-Shirt Nintendo X Uniqlo Sudah Diumumkan Dan Tshirt Ini Sudah Mula Dijual

Diolah oleh hang92

Pemenang rekabentuk baju ini mendapat hadiah berjumlah ~ RM 43,285 dan Switch yang ditandatangani oleh Miyamoto sendiri.

Tahun lalu, Nintendo telah mengumumkan kerjasama dengan syarikat pakaian UNIQLO yang memerlukan masyarakat untuk tampil dengan rekabentuk t-shirt bertemakan apa-apa permainan syarikat Nintendo. Kini nama pemenang telah diumumkan.

Rekabentuk yang memenangi hadiah utama ialah baju yang bertemakan Mario, yang mempunyai ciri-ciri minimalistik 8-bit di bahagian depan dan huruf “M” di bahagian belakang.

Tshirt ini akan dijual dengan harga ~ RM 58.00, dengan saiz kanak-kanak pula dijual untuk ~ RM 38.00.

Hadiah kedua pula merupakan pemenang yang mereka tshirt bertemakan Splatoon, manakala rekabentuk tempat ketiga bertemakan Zelda.

Klik di pautan ini untuk mencuci mata sebentar di laman web Uniqlo

sumber : gamespot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.