Berita

Pemilik Xbox Boleh Memberi Hadiah Kepada Pemilik Xbox Lain Tidak Lama Lagi

xboxgift
Diolah oleh hang92

Salah satu permintaan daripada pemilik PlayStation 4 kini sudah tiba di.. Xbox. Bos Xbox, Mike Ybarra berkata kepada peminat di Twitter bahawa kepuayaan untuk memberi hadiah kepada pemain Xbox lain akan datang di Xbox tidak lama lagi. Ini bermaksud bahawa pemilik Xbox tidak lama lagi boleh memberi hadiah berupa permainan atau kandungan tambahan kepada pemilik lain secara terus, kerana sebelum ini jika cara tradisional pemilik konsol lain terpaksa membeli kod yang boleh ditebus samada atas talian atau kedai runcit fizikal lain.

Langkah ini berasal daripada Steam, dimana pengguna Steam lain boleh menghadiahkan kandungan kepada pengguna Steam yang lain.

MikeYbarra

Malangnya, pertanyaan yang serupa juga turut ditujukan kepada bos besar Sony Interactive Entertainment of Worldwide Studios, Shuhei Yoshida tentang perkara yang sama. Jawapan yang diberi adalah samar-samar dimana Shuhei macam mengelak untuk menjawap.

ShuheiYoshida

Kita berharap bahawa Sony dapat menghasilkan langkah serupa ini dah mengumumkan tidak lama lagi. Pengumuman ini merupakan langkah bijak daripada Microsoft di mana ianya akan menaikkan penjualan konsol daripada Xbox. Sistem permberian hadiah Steam merupakan sistem yang sangat popular di antara pengguna, dan ianya selalu digunakan untuk mempengaruhi rakan lain untuk turut bermain permainan yang sama.

Cuba anda bayangkan, siapa yang tidak suka apabila membuka PlayStation 4 dan secara tiba-tiba, anda mendapat mesej kejutan bahawa anda telah dihadiahkan The Last of Us oleh rakan lain?

Adakah anda berharap bahawa PlayStation Store mendapat kemaskini untuk menghadiahkan kandungan ini? Adakah anda kecewa kerana Sony belum lagi mengimplimentasi langkah yang serupa ini? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen dan lontarkan idea anda.

sumber: playstationlifestyle

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.