Berita

Peminat Man Utd Tidak Suka Penarafan Zlatan Ibrahimovic Dalam FIFA 18

Diolah oleh hang92

Nampaknya penarafan, rating untuk Zlatan Ibrahimovic di dalam permainan bolasepak terkenal FIFA 18 telah jatuh kepada 88 – walaupun pada musim lepas, Zlatan merupakan penjaring terbanyak untuk pasukan Manchester United.

Bintang bolasepak Sweden ini telah disenaraikan sebagai pemain ke-31 terbaik di dalam edisi tahun ini. Penarafan Zlatan ini lebih baik daripada Edinson Cavani, Romelu Lukaku, Thomas Muller, Harry Kane dan Karim Benzema.

Baca Juga: FIFA 18: Markah Penarafan Pemain (100-61) Didedahkan Bersama Treler

Untuk pengetahuan anda, penarafan pada tahun ini adalah berdasarkan prestasi pemain pada musim 2016/27. Zlatan Ibrahimovic telah menjaringkan sebanyak 28 gol sebelum dihambat dengan kecederaan lutut yang serius pada bulan April tahun ini.

Pada asalnya, penarafan bagi FIFA 17 untuk Zlatan Ibrahimovic adalah sebanyak 90, namun pada tahun ini EA membuat keputusan untuk merendahkan nombor tersebut selepas bintang ini gagal untuk menyamakan jaringan berbanding semasa Zlatan bersama dengan PSG pada musim 2015/16 dimana dia berjaya menjaringkan sebanyak 50 gol.

Dan untuk kelajuan, pace, Zlatan Ibrahimovic telah diberi markah sebanyak 65 – dan ini membuatkan ramai peminat di Twitter marah dengan isu ini.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

FIFA 18: Kisah Alex Hunter Kali Ini Menampilkan Beberapa Bintang Bolasepak Dunia

FIFA 18: Career Mode Akan Menggunakan Enjin Frostbite

FIFA 18 Memperlihatkan Kemahiran Pemain Dalam Treler Terbaru

FIFA 18: Apakah Perbezaan Yang Dibawa Oleh Ketiga Edisi Berbeza Ini?

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.