Berita

Pemuda Ini Membuat Tarian Mortal Kombat Dan Berjaya Mendapatkan Gold Buzzer Dari Juri Asia’s Got Talent

Diolah oleh hang92

Mereka telah muncul di rancangan Asia’s Got Talent baru-baru ini. Sekumpulan pemuda yang menggelarkan diri mereka ADEM Dance Crew dan berasal daripada tanah Kyrgyztan. Apa yang lebih membanggakan, mereka telah berjaya mendapatkan golden buzzer daripada juri dengan persembahan tarian yang berasaskan pergerakan daripada permainan terkenal Mortal Kombat.

Anda boleh saksikan video tarian mereka di bawah.

Selain daripada tarian mereka, unsur-unsur muzik latar belakang daripada permainan Mortal Kombat juga dimasukkan, jika anda melihat pada video ini, kedengaran cogankata permainan  “finish him” telah dimasukkan.

Para penonton dan juri juga amat terkejut dengan cara penyampaian tarian mereka ini.

Anda juga boleh menyaksikan video tarian lain mereka di saluran rasmi  YouTube mereka, dan konsep tarian Mortal Kombat semestinya salah satu konsep yang kreatif untuk dijadikan sumber inspirasi anda pula.

sumber: Asia’s Got Talent (Youtube)

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Filem Yang Diadaptasi Dari Permainan Video

Antara Artis Hollywood Yang Bermain Permainan Video

Pilihan Pengawal Arked Terbaik Untuk PlayStation 4

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.