Ura-ura

Pengarah Filem Transformers, Micheal Bay Akan Menerbitkan Dora The Explorer Movie

Diolah oleh hang92

Siapa yang pernah membuka saluran Nickelodeon TV pasti akan terserempak dengan cerita pendidikan berasaskan kartun iaitu Dora the Explorer. Baru-baru ini, terdengar ura-ura pengarah Michael Bay akan menerbitkan cerita kartun tersebut kepada filem sebenar.

Mengikut The Hollywood Reporter, Michael Bay yang terkenal dengan filem arahannya iaitu siri Transformers akan bekerjasama dengan Andrew Form dan Brad Fuller daripada syarikat miliknya iaitu Platinum Dunes.

Untuk pengetahuan anda, rancangan pendidikan Dora the Explorer ini mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Dora yang berpindah ke kota untuk tinggal bersama sepupunya Diego dan akan mengembara di sepanjang perjalanan mereka.

Dora mengembara sambil ditemani oleh monyet yang bernama Boots. Di dalam pengembaraan Dora ini, dia akan sering diganggu oleh musang yang bernama Swiper yang cuba mengganggu mereka sepanjang perjalanan.

Malangnya rancangan ini ditamatkan pada 2014 selepas 172 episod. Namun begitu, kita pasti akan lihat kesemua watak-watak di atas dimasukkan ke dalam filem akan datang Micheal Bay ini.

Paramount dijangka memegang hak untuk pemasaran untuk filem aksi ini, dan filem ini bakal ditayangkan pada tahun 2019.

Selain itu, pada tahun 2012, CollegeHumor telah mengeluarkan suatu treler palsu untuk filem Dora the Explorer.  Tidak kurang hebatnya juga video treler ini. Agaknya disinilah Micheal Bay mendapat inspirasi untuk menghasilkan filem Dora ini. Anda boleh saksikan di bawah.

sumber: The Hollywood Reporter

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Saksikan Video Save Every Breath: The Dunkirk VR Experience, Pengalaman 360-darjah Filem Dunkirk

Filem Uncharted: Tom Holland Berkata Projek Filem Masih Lagi Diperbincangkan

Past Cure: Inspirasi Daripada Filem Inception

Apa Persamaan Filem Logan dan Permainan The Last Of Us?

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.