Berita

Pengarah The Last of Us 2 Memperlihatkan Gambar Aksi Tendangan Pelakon Jessie Graff

the-last-of-us-part-2
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Neil Druckmann, pengarah bersama untuk The Last of Us pertama, juga akan mengarahkan The Last of Us 2, baru-baru ini memuat naik satu gambar yang menarik di Twitter.

Gambar itu menunjukkan pelakon aksi wanita, Jessie Graff, mengenakan sut rakaman gerakan (motion capture) sedang melakukan satu aksi ala-ninja yang sedang melakukan aksi tendangan di udara.

Ini juga, sudah tentu, memberi petunjuk pada beberapa aksi lasak yang akan terkandung di dalam permainan.

Buat masa ini masih samar siapakah yang melakukan aksi di dalam permainan kelak. Adakah Ellie? Ianya mungkin satu kemungkinan.

Berikut adalah gambar yang dimuat naik di Twitter;

The Last of Us: Part 2 buat masa ini masih belum lagi mempunyai sebarang tarikh pelepasan.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain seperti ini:

The Last of Us Part II : Dijangkakan Akan Menjadi Lebih Luar Biasa Dari Sebelumnya

E3 2017: Mengapa The Last Of Us 2 Tidak Diumumkan Pada Acara Kali Ini

Apa Persamaan Filem Logan dan Permainan The Last Of Us?

THE LAST OF US REMASTERED

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia