Berita

Pengawal Minecraft Bundle Untuk Xbox One S Sudah Boleh Dibeli Berasingan

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Microsoft baru-baru ini mengumumkan Edisi Terhad Minecraft Bundle Untuk Xbox One S, yang merangkumi konsol 1TB dan tapak konsol menegak, serta pengawal  Creeper Xbox One, dan kod digital Minecraft Redstone Pack.

Bundle ini akan tersedia untuk masa yang terhad bermula 3 Oktober ini. Anda sudah boleh membuat pra-pesanan untuk bundle ini, tetapi jika anda hanya mahu pengawal itu, anda boleh membeli secara berasingan.

minecraft-xbox-one-s

Edisi terhad pengawal Xbox One ini sudah boleh dibeli. Ia mempunyai reka bentuk Creeper berwarna hijau, serta tekstur cengkaman dan sokongan untuk Bluetooth, membolehkan anda bermain di Windows 10 PC dan tablet.

minecraft-creeper

Sebagai tambahan kepada pengawal ini, kini anda juga boleh membeli edisi terhad pengawal Minecraft Pig Xbox One. Ia mempunyai reka bentuk berwarna merah jambu, ditambah dengan cengkaman bertekstur dan teknologi Bluetooth.

minecraft-pig

Kedua-duanya kini sudah boleh didapati di laman web Microsoft (Minecraft Creeper dan Minecraft Pig). Jika anda ingin membuat pembelian dari Amazon (Minecraft Creeper dan Minecraft Pig), anda perlu menunggu seminggu lagi, walaupun anda masih boleh membuat pra-tempahan melalui Amazon. Pengwal ini berharga $ 74.99 (~RM 317.73) setiap satu.

Sumber: pocket-lint

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Sony Telah Mendedahkan Pengawal DualShock 4 Berwarna Kristal Telus

Razer Wolverine Ultimate: Pengawal Terbaru Keluaran Razer Untuk Xbox One dan PC

PlayStation F.C: Pengawal Baru Dualshock 4 Edisi Terhad Diumumkan

All Controller: Sebuah Pengawal Universal Untuk Semua Platform

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.