Berita

Pengawal PS4 Diilhamkan Dari Tema Filem Alien: Covenant Dikeluarkan

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

XQ Gaming akan melancarkan pengawal PS4 yang cukup menarik dan mengiurkan; diilhamkan dari filem Alien: Covenant yang diarahkan oleh Ridley Scott.

Ia adalah pengawal DUALSHOCK 4 dengan kepala Xenomorph di bahagian tengah. Ia kelihatan agak unik dan menarik jika anda seorang peminat francais Alien. Ia juga mempunyai kesan asid dan cakaran di kesuluruhan pengawal.

Di dalam treler di bawah, pihak XQ Gaming berkata pengawal ini dijangka akan dikeluarkan pada 18 Mei. Iaitu sehari sebelum filem Alien: Covenant ditayangkan di Amerika Utara pada 19 Mei.

Pengawal ini mungkin tidak akan memberi pengalaman permainan yang maksima kerana rekaanya yang merencatkan reka bentuk ergonomik asal DUALSHOCK 4.

Tetapi mungkin ianya boleh menjadi satu penambahan koleksi untuk mereka yang gemarkan koleksi-koleksi yang jarang ditemui. Beberapa sumber mengatakan anggaran harga pengawal ini adalah sekitar RM7115.41 (tukaran terus)!

Sumber: justpushstart

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.