Berita

Pengawal PS4 God of War Ini Sangat Mengagumkan

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Siri terbaru God of War adalah salah satu permainan eksklusif PS4 yang paling dinanti-nantikan, dan sebahagian peminat permainan ini pasti ada yang menanti permainan ini dengan penuh teruja dan mengalirkan rasa keterujaan itu dengan penghasilan sesuatu yang cukup kreatif.

Devin Smith, seorang peminat God of War telah menghasilkan reka bentuk pengawal DualShock 4 yang bertemakan permainan ini.

Rekaan terbaru beliau yang bertemakan God of War mengambil inspirasi daripada protagonis, Kratos. Warna pada pengawal ini menyerupai warna merah dan putih pada Ghost of Sparta. Ia juga mempunyai lilitan tali kulit di sekeliling bahagian pemegang.

Selain dari itu, ia juga mempunyai penutup bercirikan kulit untuk pad sesentuh dengan logo God of War . Menurut Smith, pad sesentuh itu berfungsi sepenuhnya.

Berikut adalah gambar hadapan dan belakang pengawal DualShock 4 bertemakan God of War ini;

dualshock-4-god-of-war

dualshock-4-god-of-war-ps4

Devin Smith sememangnya tidak asing lagi dalam pengubahsuaian rekaan untuk DualShock 4. Terdapat pelbagai rekaan lagi yang dihasilkan beliau yang berinspirasikan daripada beberapa permainan popular. Anda boleh mengikuti beliau di laman instagram beliau.

Sumber: Kotaku

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain yang berkaitan:

God Of War: Saksikan Adegan Belakang Tabir Pembikinan Permainan Ini

God Of War: Mengapa Kratos Tidak Menggunakan Blade of Chaos Pada Siri Terbaru Ini

Pembikin God of War Mendedahkan Bahawa Terdapat Pertempuran Dinamik Kratos dan Anaknya

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.