Berita

Pengeluaran New Nintendo 3DS Ditamatkan Susulan Pelancaran New Nintendo 2DS XL

Diolah oleh hang92

Wakil syarikat Nintendo di Eropah telah mengesahkan bahawa pengeluaran konsol bimbit New 3DS akan ditamatkan pada benua tersebut. Syarikat itu namun tidak menyatakan tentang pengeluaran di Amerika Syarikat pula.

Umum mengetahui bahawa Nintendo telah mengumumkan bahawa pengeluaran New 3DS telah dihentikan di Jepun. Laman web Nintendo Jepun telah menyatakan bahawa tiada lagi pengeluaran untuk model New 3DS berwarna hitam, putih, dan edisi terhad akan dikeluarkan lagi.

Image result for new nintendo 3ds

Berita ini keluar pada hari yang sama dengan pelancaran konsol Nintendo terbaru New 2DS XL yang sudah dilancarkan pada 13 Julai lepas. Saksikan video treler New Nintento 2DS XL dibawah.

sumber: Gamespot

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.