Berita

Penjualan PlayStation 4 Melepasi 5 Juta Unit Di Jepun

PlayStation4-Jepun
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

PlayStation 4 telah melepasi jualan lima juta unit di Jepun. Ini merupakan satu pencapaian yang agak memberangsangkan di Negara Matahari Terbit ini.

Angka jualan konsol PS4 ini adalah sebanyak 5,002,366 pada hari Ahad, 23 Julai, 2017, dengan jualan minggu lalu yang mencecah 30,878 unit.

Daripada unit tersebut, 4,685,069 adalah konsol PS4 biasa, manakala 317,297 adalah unit PS4 Pro. Perlu diingat bahawa Sony telah mengawal bekalan unit PS4 Pro di Jepun sejak pelancaran konsol itu, dan ianya satu perkara yang biasa apabila ianya jarang didapati di kedai-kedai utama, terutama di bandar-bandar besar.

Jepun-PlayStation-4

Pelancaran PS4 boleh dikatakan agak lemah di Jepun pada Februari 2014, sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan tajuk dari pembikin permainan Jepun yang mampu menarik minat pemain tempatan. Jualan pada dasarnya rata selama beberapa bulan sehingga pelancaran permainan Jepun dan pemotongan harga yang kembali menarik minat pemain tempatan.

Buat masa ini, penjualan konsol PS4 berada dikedudukan yang kukuh di negara ini, dengan kejayaan sebelum ini pada bulan Mac, apabila ia melepasi 4.5 juta unit. Penjualan PS4 untuk satu dunia kini telah mencecah 60.4 juta sehingga bulan Jun lalu.

Dragon-Quest-XI

PS4 dijangka akan terus mendapat sambutan yang baik untuk beberapa bulan akan datang di Jepun, dengan pelepasan tajuk-tajuk permainan yang menarik yang diketuai oleh Dragon Quest XI pada 29 Julai ini.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain berkaitan Dragon Quest XI:

Dragon Quest XI: Didatangkan Untuk Versi 3DS dan PS4

DRAGON QUEST XI : Akan Mampu Terjual Lebih Dari Pokémon Sun, Pokémon Moon dan Final Fantasy XV, Kata CEO

Iklan Bapa Mengamuk Kerana Permainan PS4 Dragon Quest XI Ini Sangat Lucu

Sumber: DualShockers

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.