Berita

Penjualan PlayStation 4 Melepasi Angka 63.3 Juta Unit

playstation-4-63-juta
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Sony Corporation telah mengumumkan keputusan kewangan untuk suku pertama tahun fiskal semasa, iaitu tempoh dari 1 April hingga 30 Jun, 2017. Pendapatan dan keuntungan syarikat adalah positif dan menunjukkan peningkatan yang besar dalam prospek tahunan.

Sony mengatakan mereka telah mengagihkan 3.3 juta konsol PlayStation 4 pada suku terakhir, sehingga 30 Jun, yang bermakna 63.3 juta unit telah diedarkan di seluruh dunia sejak pelancaran PS4 pada November 2013.

Dalam tempoh yang dilaporkan, jualan meningkat 5.4% kepada 348.1 bilion yen (~RM13.5 bilion), tetapi peningkatan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh kejayaan PlayStation 4, PlayStation VR dan jualan permainan untuk kedua-dua platform.

Bagi tahun fiskal semasa, syarikat itu merancang untuk mengedarkan 18 juta unit PlayStation 4 dan PlayStation 4 Pro, dengan matlamat mencapai 78 juta konsol yang diedarkan sebelum 31 Mac, 2018.

Sumber: wccftech

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.