Pilihan Kami Ulasan

PERBEZAAN SEORANG PEMAIN TEGAR DAN PEMAIN KASUAL

Diolah oleh hang92

Kepada anda, apa maksudnya menjadi pemain tegar? Adakah seseorang itu bermain permainan video sehingga 6-10 jam setiap hari atau seseorang yang telah memainkan permainan untuk beribu-ribu jam?

Pada asasnya, adakah ia sesuatu yang diukur oleh jumlah masa bermain atau adakah ia sesuatu mengenai pengetahuan seseorang itu tentang keseluruhan permainan, taktikal dalam permainan, dan watak-watak dalam permainan?

Atau adakah ia seseorang yang sangat kompetitif dan suka bersaing demi untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik?

Banyaknya soalan, tetapi apa yang anda fikir?

1 – Gaya Permainan

Dalam permainan, masa dan pengurusan sumber adalah perkara paling penting untuk memenangi strategi permainan. Pemain kasual lebih suka meletakkan keutamaan kepada keupayaan daripada pemain tegar yang mengutamakan binaan bangunan dan jumlah kuantiti unit-unit tentera contohnya.

Walaupun kedua pemain ini mempunyai sumber yang terhad pemain tegar lebih suka membina pertahanan berbanding pemain kasual yang kita lihat lebih suka menyerang terlebih dahulu.

2 – Trophy dan Achievement

Pemain tegar juga suka mengumpul trophy dan achievement sehingga mereka berpuas hati, manakala pemain kasual tidak begitu mengambil berat tentang sesuatu piala kerana masing-masing ada pendapat yang tersendiri.

Dalam permainan RPG contohnya, pemain tegar akan cuba memaksimakan sistem upgrade dalam permainan dengan membeli kesemua senjata untuk digunakan oleh mereka untuk memudahkan mereka mencapai sesuatu achievement.

Pemain kasual pula tidak banyak mengeluarkan duit untuk membeli senjata lalu tidak mendapat apa-apa achievement untuk ditayangkan pada media sosial — sedihnya sob sob

Walaupun mereka mengunakan taktikal permainan yang berlainan, mereka masih lagi boleh menikmati permainan mereka seperti biasa dalam permainan yang sama.

Selain itu pemain tegar lebih suka menyelesaikan permainan teka-teki yang rumit dengan usaha sendiri tanpa bantuan Youtube atau mencari objek tersembunyi dengan terperinci berbeza dengan pemain kasual.

3 – Masa Menunggu

Pemain tegar tidak mempunyai masa untuk menunggu! Mereka sebenarnya ada masa untuk menunggu, cuma sementara permainan dimuat turun, sambil itu mereka akan bermain permainan di telefon bimbit mereka. — Apakah?

Syarikat NVIDIA, baru-baru ini membangunkan kad grafik berasaskan simpanan awan.  Pada asasnya, bayangkan jika komputer anda boleh menayangkan video yang stabil melalui internet, sudah tentu anda boleh menyaksikan pelbagai video streaming melalui monitor dan ini berita baik untuk pemain kasual kerana boleh menunggu masa muat turun permainan sambil menyaksikan filem-filem yang terkini.

4 – Gaya Menulis di Media Sosial

Bagi kami, pemain tegar perlu ikhlas dan bersemangat tentang hobi mereka, dan bermain permainan yang hebat tanpa mengira umur dan platform.

Pemain tegar lebih suka menggunakan kata-kata kesat serta memandang rendah kepada semua orang selagi orang lain tidak berkongsi pendapat yang sama dengan mereka.

Kami tidak fikir ia adalah tentang berapa lama anda bermain, atau bagaimana anda hebat pada satu permainan tertentu. Kami merasakan seorang pemain yang hebat adalah mereka yang sentiasa up to date, dapat menyatakan pendapat dan hujah yang bernas tentang permainan, dan mengetahui tentang apa yang berlaku di dalam industri.

5 – Pilihan Permainan

Pemain tegar lebih suka bermain hanya satu genre dalam waktu yang panjang berbanding pemain kasual yang bertukar-tukar permainan dalam sehari.

Tidak ada kesalahan pun jika berbuat begini, namun kami lebih suka kepada terma dedikasi berbanding tegar yang digunakan untuk melabel.

Ia juga baik untuk pemain yang suka pilihan dan cepat terasa bosan dengan sesuatu permainan. Ia membenarkan pemain untuk memilih aliran permainan mereka.

Pemain tegar suka memuat turun permainan berbanding membeli kerana mereka boleh membeli pakej premium dengan harga yang sangat murah dan tidak perlu risau tentang kehabisan stok di kedai. Jika mereka ada cakera sekali pun, selalunya mereka tidak akan jual atau tukar dengan sesiapa.

Untuk pemain kasual pula, selepas mereka menghabiskan sesuatu permainan itu mereka lebih suka menjual balik atau menukar dengan mana-mana permainan yang masih belum mereka mainkan itu. Dengan ini mereka boleh bermain lebih banyak tajuk permainan tanpa fokus kepada satu jenis permainan sahaja.

Kesimpulan

Sebenarnya kami sendiri di konsol.my merupakan pemain kasual — entah, ye kot, perasannya.

Malah, terdapat lebih ramai orang seperti anda dan kami yang menikmati permainan secara biasa, dan jumlah pemain kasual kini semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.