Berita

Perception: Akan Datang Menghantui Anda Pada 7 Jun Ini

Diolah oleh hang92

Hari ini syarikat pembikin permainan, Deep End Games telah mengumumkan bahawa permainan seram Perception akan dilancarkan ke PlayStation 4 dan Xbox One pada 7 Jun 2017.

Perception adalah permainan seram yang menggunakan pandangan orang pertama. Anda akan bermain sebagai perempuan buta bernama Cassie, yang sering bermimpi buruk tentang sebuah rumah di dalam hutan.

Selepas beberapa siasatan oleh Cassie, dia mendapati bahawa rumah itu adalah sebuah rumah terbengkalai terletak di Michigan dipanggil Echo Bluff. Kerana watak utama adalah orang buta, pemain perlu membantu dengan menekan tongkat Cassie.

Perception bermula sebagai kempen Kickstarter pada tahun 2015, dan sejak itu ia telah mengumpulkan duit sebanyak $ 168,041 atau RM 716,904.

sumber : dualshockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia