Ulasan

Perkara Yang Paling Anda Benci Ketika Bermain Permainan Video

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Masalah-masalah ini hanyalah sebahagian masalah yang pernah dihadapi oleh pemain di seluruh dunia. Sesetengah masalah merupakan hal kecil namun ada juga masalah pada permainan sehingga tak masuk akal jadinya permainan tersebut.

Siapa pernah kena ini sila angkat tangan?

1 – Gagal Merancang Koleksi Barangan

Terdapat saat-saat dalam permainan apabila kita berusaha untuk menghasilkan ramuan yang hebat sama ada senjata atau perisai, namun bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan ramuan yang hebat tadi telah kita dapati bahawa barang ini telah dijual atau ditukarkan pada masa lepas

Image result for horizon item

Kita telah menjualnya atau menukar barang tersebut kerana kita percaya barang tersebut tidak berguna pada permainan.

Apabila kita sedar bahawa barang-barang yang dijual atau dibuang tadi sebenarnya diperlukan untuk mencipta barangan baru yang lebih hebat, kita terpaksa pergi berperang sekali lagi pada tempat yang sama bagi mendapatkan barang yang disia-siakan tadi.

Selepas 3 jam bertempur semula baru anda mendapatkan balik barang yang dijual tersebut.

2 – Berhadapan Dengan Penyelenggaraan Sistem

Kadang-kadang kita terlupa dengan kekerapan penyelengaraan sistem samada pada konsol atau permainan itu sendiri. Oleh kerana terlalu asyik dan leka bermain untuk memburu kejayaan dan secara tiba-tiba anda terus log keluar dari permainan.

Image result for ps4 update

Jadi anda kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk merasai perasaan apabila ditendang secara automatik untuk memberi laluan kepada penyelenggaraan sistem tersebut.

Jangan mengamuk kalau sebenarnya anda sudah baca notis awal tetapi masih degil.

3 – Barangan Ekslusif Adalah Normal

Barangan pra tempahan yang ini kononnya dibuat secara ekslusif, dan anda membuat keputusan untuk membeli barangan tersebut untuk dijadikan sebagai langkah awal untuk bermain sesuatu permainan.

Selang beberapa hari kemudian apabila anda menggunakan barangan tersebut pada permainan, anda mendapati bahawa ada banyak pemain lain menggunakannya barangan yang sama dan ini membuatkan anda menyampah lalu mula mencari barangan lain untuk digunakan.

Image result for minecraft exclusive

Sebenarnya anda rasa anda kelihatan bergaya kerana memulakan langkah awal terhadap pembelian barangan ekslusif ini dan menunjukkan bahawa anda bijak.

Tetapi lama kelamaan perasaan itu bertukar menjadi bosan apabila melihat barang yang sama sahaja setiap hari? Betul tak ?

4 – Sesat Semasa Mengembara

Selalu terjadi pada permainan dunia terbuka. Setelah anda menjalankan misi dan berjaya menyelesaikan lalu anda pergi untuk misi seterusnya. Jadi anda mula mencari misi yang baru, sedang anda mencari, objektif misi anda lenyap atau hilang secara tiba-tiba tanpa mempunyai petunjuk untuk melakukannya. 

Image result for bug ps4 gif

Paling malang apabila misi diberikan di atas tempat tinggi anda perlu memanjat tetapi tangga atau tempat memanjat tiada. Macam pantun dua kerat pula, pergi ke kedai nak beli roti, roti habis. 

5 – PEPIJAT membunuh

Perkara paling dibenci mungkin BUGS, pepijat. Kerana ianya boleh muncul dalam bermacam bentuk dan cara.

Contohnya anda melompat turun dari tempat tinggi tapi tidak mencecah ke darat, anda mahu keluar dari kereta tapi anda terperangkap dalam kereta tersebut, mati secara tiba-tiba kerana letupan tapi letupan tidak kelihatan.

Image result for bug ps4 gif

Tetapi kadang-kadang pepijat ini berguna pada kita dan anda suka apabila terkena pada pihak lawan anda. 

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.