Berita

Perkhidmatan Bayaran Balik Permainan Secara Automatik Akan Hadir Ke Xbox One dan Windows 10

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Microsoft telah mengesahkan butiran perkhidmatan bayaran balik 14 hari untuk mana-mana permainan yang anda mainkan kurang daripada dua jam.

Berita mengenai perkhidmatan ini timbul di laman web Reddit, tetapi Microsoft kini telah mengesahkan bahawa sistem layan diri pembayaran balik ini sedang dicuba di semua permainan Xbox One dan Windows 10.

Pengguna Xbox One dan Windows hanya akan dapat memohon bayaran balik untuk permainan penuh dan aplikasi berbayar. DLC, season pass atau lain-lain add-ons tidak akan mendapat servis ini.

Anda akan mempunyai tempoh selama 14 hari dari tarikh pembelian untuk memohon bayaran balik, dan tidak boleh melebihi tempoh maksimum dua jam ia dimainkan merangkumi semua peranti.

Jika anda memenuhi kriteria, maka anda boleh mendapatkan bayaran balik secara automatik, hanya dengan mengisi borang atas talian. Tidak perlu menelefon atau berurusan dengan perkhidmatan pelanggan.

Microsoft juga mempunyai hak untuk menafikan bayaran balik jika mereka fikir anda cuba menyalahgunakan sistem dengan membeli terlalu banyak permainan dengan sangat ketara atau kerap atas kapasiti demo atau cuba-cuba dahulu, dan kemudian memohon bayaran balik.

Pengenalan program bayaran balik layan diri ini membuatkan Xbox adalah konsol pertama yang menawarkan servis ini.

Masih belum ada pengumuman tarikh bilakah servis ini akan dilancarkan di Xbox dan Windows 10. Mudah-mudahan ia tidak terlalu lama agar anda semua boleh memohon kembali wang untuk permainan yang tidak mencapai tahap tertinggi seperti yang digembar-gemburkan atau permainan yang indah trailer dari gameplay.

Sumber : pocket-lint

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.