Berita

Permainan Aksi Siasatan Jenayah ‘My Eyes On You’ Diumumkan Bersama Treler

My-Eyes-On-You
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Storymind Entertainment baru-baru ini mengumumkan permainan aksi / pengembaraan orang ketiga yang bertajuk “My Eyes on You“. Syarikat ini juga telah mengeluarkan treler pertama untuk permainan ini.

my-eyes-on-you-1

Pemain akan memainkan peranan penganalisis FBI, ejen Jordan Adalien, pemain akan memburu seorang lelaki misteri bertopeng di tengah bandar dan pinggir bandar Chicago. Banyak penerokaan di dalam cerita ini menanti pemain, mencari petunjuk yang kemudian akan mempengaruhi langkah penyiasatan seterusnya pada para pemain. Kisah permainan akan berlaku secara dinamik yang akan bergantung kepada keputusan pemain.

mask-my-eyes-on-you

Di dalam My Eyes On You, pemain akan dapat bertindak dan membuat keputusan secara rasional sepenuhnya dan pemain mungkin akan mendapatkan sesuatu dengan cara itu. Tetapi jika pemain tidak berjaya, pemain boleh bermula dengan mempercayai petunjuk-petunjuk ghaib dan meneruskan siasatan dengan cara yang misteri yang jauh berbeza yang akan membuatkannya tiada kaitan dengan analisis secara rasional.

My Eyes on You akan dilancarkan pada PC, PlayStation 4 dan Xbox One, tetapi ia tidak mempunyai sebarang tarikh pelepasan setakat ini.

Sumber: wccftech

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.