Berita

Permainan Apa Yang Mula Dijual Pada Julai 2017?

Diolah oleh hang92

Baru sahaja minggu pertama raya berlalu dan bulan Julai sudah menjelma. Walaupun ramai di antara pengguna PS4 kehabisan wang kerana berhabisan semasa minggu raya tetapi anda jangan lupa terdapat beberapa judul permainan yang menarik telah mula dijual bermula pada bulan Julai 2017.

Seperti tajuk Final Fantasy XII: The Zodiac Age, permainan yang dikeluarkan semula nampak seperti sebuah tajuk yang menarik bagi peminat siri Final Fantasy. Manakala permainan daripada syarikat Supergiant Games pula tak kurang hebatnya dengan tajuk permainan Pyre. Dan ada lagi, permainan yang perlu dimainkan dengan menggunakan PlayLink (applikasi yang dimuat turun daripada telefon bimbit dan dihubungkan kepada PS4 anda) iaitu That’s You juga menjadi taruhan Sony untuk melebarkan sayap inisiatif teknologi mereka. Super Cloudbuilt iaitu permainan yang berasaskan parkour juga turut ditawarkan pada bulan ini.

Jadi, apa permainan pilihan anda?

Julai 2017

  • That’s You (PS4) – 4 Julai
  • Toby: The Secret Mine (PS4) – 6 Julai
  • Final Fantasy XII: The Zodiac Age (PS4) – 11 Julai
  • Black the Fall (PS4) – 11 Julai
  • Hunting Simulator (PS4) – 11 Julai
  • Minecraft: Story Mode Season Two – Episode 1: Hero in Residence (PS4) – 11 Julai
  • Orcs Must Die Unchained (PS4) – 18 Julai
  • Yonder: The Cloud Catcher Chronicles (PS4) – 18 Julai
  • 8-Bit Armies (PS4) – 18 Julai (US)
  • Pyre (PS4) – 25 Julai
  • Fallen Legion: Sins of an Empire (PS4) – 25 Julai
  • Fortnite (PS4) – 25 Julai
  • Super Cloudbuilt (PS4) – 25 Julai
  • Aven Colony (PS4) – 25 Julai
  • Dragon Quest XI: In Search of Departed Time (PS4) – 29 Julai (Jepun)

sumber: pushsquare

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.