Berita

Permainan Berunsur Keganasan, Letupan, Dan Pembunuhan Tidak Disambut Baik Oleh Jawatankuasa Olimpik

eSports-Olympics
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Overwatch, Dota 2, Counter-Strike: Global Offensive, Street Fighter V, League of Legends, dan banyak lagi tidak layak untuk tampil di Sukan Olimpik sebagai eSukan kerana kekerasan, letupan, atau pembunuhan.

Dalam menghadapi perkembangan positif baru-baru ini, ia sekali lagi kelihatan samar bahawa eSukan akan dimasukkan ke dalam Sukan Olimpik berikutan komen yang dibuat oleh presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach mengenai ciri keganasan yang terdapat di dalam permainan dari banyak permainan eSukan.

International Olympic Committee President Thomas Bach attends the opening of the 127th IOC session in Monaco

Bercakap kepada South China Morning Post (melalui GamesIndustry), Bach berterus terang mengatakan bahawa permainan paling popular dalam pasaran permainan video adalah tidak sesuai dengan nilai-nilai yang dimiliki oleh Sukan Olimpik.

Maka permainan Dota 2, League of Legends, Overwatch, CS: GO, Call of Duty, dan Street Fighter V tiada harapan untuk berada di dalam Sukan Olimpik. Walau bagaimanapun, Bach mengatakan bahawa permainan simulasi sukan boleh dipertimbangkan.

Bidaan Paris untuk menganjurkan Sukan Olimpik mungkin memperkenalkan eSukan pada 2024 , tetapi realiti itu kelihatan semakin samar di bawah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa semasa.

Sumber: DualShockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.