Berita

Permainan Buatan Semula Resident Evil 2 Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Diolah oleh Konsol

Baru-baru ini, Capcom telah pun mengumumkan bahawa mereka di dalam proses untuk menghasilkan kembali permainan video lagenda iaitu Resident Evil 2.

Walaubagaimanapun, agak kurang sopan sebenarnya perbuatan Capcom ini kerana pihak mereka hanya mengumumkan pembikinan semula permainan Resident Evil, tetapi itu sahaja yang diberitahu oleh mereka. Tiada tarikh, tiada berita, tiada apa-apa.

Tidak ada berita lanjut mengenai perkara ini diumumkan selepas itu. Selain daripada itu juga, tidak pula ada video acah, teaser, atau treler tentang pembikinan semula permainan Resident Evil 2 ini dipertontonkan kepada umum.

Walaupun begitu, salah seorang pengaturcara permainan semula Resident Evil 2 iaitu Hiroyuki Kobayashiini telah pun membuka mulut mengenai isu ini.

Ketika bercakap bersama Collider, beliau memberitahu bahawa permainan semula Resident Evil 2 ini akan dilancarkan tidak lama lagi.

Walaupun beliau tidak memberi sebarang tarikh sebagai rujukan, tetapi setakat ini, bagi kami ini adalah berita paling gembira untuk didengari oleh setiap peminat permainan lagenda ini.

Boleh jadi permainan semula Resident Evil 2 ini akan dilancarkan pada tahun 2017 ini, dan jika ia menjadi kenyataan, mungkin inilah berita paling gembira yang pernah kami terima selain cukai hotel yang baru diumumkan hehe…

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia