Berita

Permainan Call of Duty: WW2 Akan Diumumkan Pada 26 April

Diolah oleh hang92

Call of Duty secara rasmi akan diumumkan pada 26 April ini. Permainan ini berkisah tentang perang dunia kedua.

Sayangnya negara Malaysia tidak dimasukkan dalam permainan ini, kenapa tidak? Malaysia atau juga dikenali sebagai Tanah Melayu ketika itu juga terlibat di dalam perperangan dunia kedua juga.

Permainan ini akan dipertontonkan buat kali pertama dalam siaran secara langsung pada 27 April 2017, 1 pagi (waktu Malaysia).

Permainan ini telah digelar sebagai Call of Duty: WW2. Activision membuat pengumuman ini pada akaun Twitter mereka, di mana mereka juga mendedahkan bahawa Sledgehammer Games mengetuai proses pembikinan permainan kali ini.

Activision mengatakan anda perlu menunggu sehingga 26 April untuk pendedahan sepenuhnya, tetapi anda sudah boleh mula menyaksikan beberapa maklumat hanya imej yang terpampar. Berikut adalah poster yang lebih jelas tanpa perkatan.

Seorang lelaki berlumuran darah sedang memakai topi keledar M1, memegang rantai tag anjing, dogtags dan meletakkan dagunya di belakang senapang. Dengan pandangan di matanya, kelihatan seperti dia mengimbau trauma. Apa yang dia sedang fikirkan?

Cuba kita lihat dengan lebih dekat pada pantulan cahaya yang berada di matanya.

Empat bayangan orang yang beratapkan langit biru yang cerah, berbeza sekali dengan warna kelabu dan kotoran di persekitaran dia, tiga bayang tersebut sedang duduk dan satu bayang sedang melutut.

Jika kita lihat pada rantai tag anjing di atas, dia sedang memegang empat rantai di tangannya. Adalah imej dalam matanya mencerminkan masa lalu?

Untuk mengetahui lebih banyak jawapan kepada soalan-soalan ini, anda perlu menunggu sehingga April 26.

Baca juga : Ura ura : Poster Call of Duty WWII Mendedahkan Tarikh 3 November Untuk Pelancaran

Baca juga : Call Of Duty : Akan Hadir di Telefon Bimbit Pada Masa Akan Datang

sumber : gamesradar

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.