Berita

Permainan Cetak Rompak PS4 Seperti GTA V, Far Cry 4 Dan AC Creed Kini Timbul Di Atas Talian

PS4-Cetak-Rompak
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Sekiranya anda mempunyai firmware yang sangat lama dan berpengetahuan tentang teknikal, kini anda boleh mendapatkan permainan cetak rompak PS4. Ini kerana satu kumpulan yang menggelar diri mereka Knights of the Fallen telah mengeluarkan permainan cetak rompak PlayStation 4 pada minggu ini dan boleh didapati di pelbagai laman Torrent.

Kumpulan Knights of the Fallen ini telah memuat naik Grand Theft Auto V, Far Cry 4, dan Assassin’s Creed IV: Black Flag. Fail muat turun untuk versi cetak rompak ini agak besar, kerana GTA V terdiri daripada 90 fail yang setiap satu mempunyai saiz lebih kurang 500MB, Far Cry 4 mempunyai 54 fail juga dengan setiap fail hampir 500MB, dan AC Creed IV sebanyak 84 fail dan 250MB setiap satu fail.

Selain daripada kecenderungan moral yang rendah dengan menjadi pencuri yang mencuri kerja keras orang lain, mungkin kebanyakan pemain tidak boleh menjalankan permainan cetak rompak ini di PS4. Untuk bermain permainan cetak rompak ini, pemain mesti menggunakan firmware versi 1.76, yang dikeluarkan pada bulan Ogos 2014. Iaitu firmware PS4 yang sangat, sangat lama.

Walaupun jika anda mempunyai firmware ini, itu bermakna anda hanya boleh memainkan permainan cetak rompak ini dengan versi lama iaitu versi yang belum dikemas kini kerana versi permainan terkini mengandungi kemas kini terbaru yang memerlukan firmware yang paling terkni, dan anda juga tidak boleh bermain di atas talian.

Sumber: PlayStationLifestyle

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia