Berita

Permainan Cuphead Tidak Akan Dikeluarkan Untuk PS4, Eksklusif Untuk Xbox One Dan PC Sahaja

Diolah oleh hang92

Mengikut laporan daripada NeoGAF, daripada studio yang membikin permainan  Cuphead, StudioMDHR telah menyatakan bahawa permainan ini hanya boleh didapati pada platform Xbox One dan PC sahaja. Permainan ini tidak akan dilancarkan untuk PlayStation 4.

Ditanya lagi sekiranya permainan ini adalah selamanya eksklusif untuk Xbox and PC, wakil StudioMDHR, Tyler Moldenhauer, menjawab:

“Ya, permainan Cuphead ini adalah eksklusif untuk Xbox dan PC (pada pasaran Steam dan versi Win10). Juga akan dilancarkan juga untuk versi Mac tidak lama lagi”

Dalam temuramah dengan Eurogamer, Ryan Moldenhauer mengesahkan lagi bahawa permainan Cuphead adalah eksklusif untuk Xbox One dan  “tiada versi untuk PS4”

Cuphead akan dilancarkan pada 29 September untuk Xbox One dan PC. Anda boleh saksikan video treler di bawah:

Memandangkan StudioMDHR telah menghasilkan Cuphead, adakah anda akan menulis surat kepada mereka untuk turut melancarkan sekuel permainan ini untuk PS4?

Sumber: NeoGAFEurogamer, Playstationlifestyle

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.