Berita

Permainan Doom Dan Wolfenstein II Bakal Hadir Di Konsol Nintendo Switch

Diolah oleh Konsol

Ada berita baik sedikit pagi ini bagi peminat-peminat permainan video di platform Nintendo Switch. Bagi mereka yang memainkan permainan video pada platform hibrid ini, bergembiralah kerana pihak Bethesda telah pun mengumumkan sesuatu untuk anda semua.

Baru-baru ini pihak Bethesda telah pun mengesahkan bahawa permainan Wolfenstein 2: The New Colossus dan Doom akan hadir pada konsol hibrid nombor satu dunia itu.

Permainan Doom akan hadir di konsol Nintendo Switch pada tahun ini, sementara permainan Wolfenstein 2: The New Colossus akan hadir pada awal tahun hadapan.

Selain dua berita gembira di atas, pihak Bethesda juga telah pun mengumumkan tarikh perlancaran bagi permainan The Elder Scrolls: Skyrim untuk konsol Nintendo Switch pada 17 November 2017 ini.

Jadi kepada pemain Nintendo Switch,  apakah komen anda mengenai 3 permainan baru ini yang akan dilancarkan pada konsol kesayangan anda?

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.