Pilihan Kami

Permainan Konsol Pilihan Kami Mei 2017

Diolah oleh hang92

Sedar tak sedar, sekarang kita sudah memasuki bulan Jun 2017 pula, sangat cepat masa berlalu.

Walaupun masa sangat cepat berlalu namun bulan Mei nampaknya tidak mengecewakan kita dari segi pelancaran permainan khususnya berplatformkan konsol.

Kami berkumpul dan mengundi untuk memilih permainan terbaik pada bulan lepas. Undian ini adalah sengit memandangkan semua permainan yang dicalonkan adalah yang terbaik.

3 – RiME

Image result for rime

Selepas Sony menyatakan projek dan khabar angin mengenai permainan ini sedikit demi sedikit, kami mula teruja. Permainan ini akhirnya dilancarkan bulan Mei dan permainan ini sebenarnya sangat baik.

Steam telah memberi markah sebanyak 9/10, Gamespot pula sebanyak 6/10 dan IGN memberi markah sebanyak 6.5/10.

Baca di sini untuk mengetahui: RIME : Mengembara di Kepulauan Misteri

2 – Prey

Image result for prey

Permainan yang mempunyai unsur satu campuran pelik iaitu seram, psikologi dan gajet hebat. Permainan ini menggunakan FPS sebagai cara permainan dan mengembara sebagai pemain tunggal adalah amat menarik.

Steam memberi markah sebanyak 9/10. Metacritic pula memberi markah sebanyak 81%. Selain itu, IGN memberi markah sebanyak 8/10.

3 – Injustice 2

Image result for injustice 2

Injustice 2 adalah contoh utama permainan sekuel yang hebat. Walaupun jika anda bukanlah peminat genre permainan pertempuran ini, permainan pertempuran ini mencetus minat dan menggunakan semua mekanikal pada sistem yang betul.

Gamespot memberi markah sebanyak 9/10. IGN juga memberi markah yang sama iaitu 9/10.

Baca di sini untuk mengetahui: Injustice 2 : Video Kompilasi Kuasa Semua Karakter Di Dalam Permainan

Penutup

Anda bersetuju dengan pilihan kami? Apakah permainan yang dilancarkan apda bulan Mei yang menjadi kegemaran anda?

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.