Berita

Permainan Menyakitkan Hati Iaitu Nioh Akan Hadir Ke PC Pada November Ini

Diolah oleh Konsol

Anda pernah tak bermain permainan esklusif Playstation 4 iaitu Nioh? Jika anda pernah bermain permainan ini, mungkin anda juga dapat merasakan bahawa permainan Nioh ini adalah antara permainan paling sukar yang pernah anda mainkan selain Darksouls.

Ini kerana konsep permainan Nioh yang tidak mempunyai sebarang titik simpanan (checkpoint save) ketika anda memainkannya. Kita ambil satu contoh dimana anda telah berjam-jam memainkan permainan ini, tiba-tiba anda mati di suatu tempat, pada ketika itulah anda merasakan ingin membaling pengawal DS4 anda, kerana anda perlu memulakan permainan ini daripada awal semula. Menarik kan? ūüôā

Tetapi jika anda seorang pemain video yang tegar dan tidak takut akan sebarang cabaran dan halangan, maka permainan Nioh yang dinamakan Nioh : Complete Edition yang akan dilancarkan ke PC pada bulan November ini adalah amat sesuai untuk anda.

Seperti Nioh edisi Playstation 4, Nioh : Complete Edition bagi PC ini juga akan turut menyertakan beberapa kandungan tambahan di dalamnya seperti contoh Defiant Honor , Dragons of the North dan juga Bloodsheds’s End.

Akhir sekali, pada sesiapa yang baru ingin mencuba permainan Nioh ini, permainan ini adalah satu permainan video berkonsepkan RPG pada era samurai dahulu kala di Jepun. Di dalam permainan ini, anda akan memikul misi yang perlu diselesaikan. Ketika menjalankan misi inilah, anda bakal berlawan dan menyelinap ke kawasan musuh untuk menyelesaikan tugasan anda.

Nioh : Complete Edition ini akan mula ditawarkan pada 7 November 2017 ini, dan hanya boleh dimuat turun melalui Steam.

Sumber: PCGamer

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.