Berita

Permainan Menyakitkan Hati Nioh : Complete Edition Untuk PC Telah Boleh Dimiliki Pada Steam

Diolah oleh Konsol

Bulan lepas kami ada melaporkan bahawa permainan menyakitkan hati iaitu Nioh : Complete Edition akan hadir pada platform PC pada bulan November. Kini perkara itu telah pun terjadi dimana para peminat permainan video boleh memiliki antara permainan paling menyusahkan ini melalui Steam.

Secara ringkas, permainan Nioh ini hanya ditawarkan secara esklusif pada konsol Playstation 4 sebelum ini. Dengan hadirnya permainan Nioh: Complete Edition ini pada platform PC, ia sekaligus akan membuatkan lebih ramai pemain yang akan merasa terbeban selepas ini. Ini kerana seperti sebelum-sebelum ini, kami ada mengatakan bahawa permainan Nioh ini adalah antara permainan yang paling sukar untuk kami mainkan selepas permainan Dark Souls 3.

Apa pun, bagi pemain permainan video pada platform PC kami mengucapkan selamat maju jaya, jika anda tergerak hati untuk memainkan permainan Nioh : Complete Edition ini nanti.

Permainan Nioh: Complete Edition ini boleh didapati melalui Steam dan berharga RM 209.

Sumber: DualShockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.