Android & iOS Berita

Permainan Mirip Cuphead Mulai Timbul Di Pasaran Android, Google Playstore

Diolah oleh hang92

Cuphead telah terjual bagaikan pisang goreng panas ketika ini di platform Xbox One dan PC.

Tahap kesusahan permainan dan grafik retro permainan ini menjadikan permainan ini begitu popular. Jadi tidak hairan sekiranya ada penerbit permainan lain cuba meniru permainan Cuphead dan cuba mencuri kejayaan permainan ala-ala retro ini.

Nampaknya permainan mirip Cuphead telah mulai timbul di pasaran Android khususnya di Google Playstore. Jika anda memasukkan kata kunci ‘cuphead’ nescaya anda akan menjumpai pelbagai permainan yang hampir sama dengan Cuphead. Permainan yang ditawarkan ini adalah termasuk Cuphaed Adventure, Jump CupHead Jump!, dan Cup Hero HeadGorilla VS Cuphead.

Jika anda baca mengenai keterangan permainan ini, semuanya menyatakan bahawa permainan ini mengutamakan ‘aksi klasik’ di mana perkataan ini penting untuk strategi pemasaran permainan klon ini.
Sasaran untuk pengguna yang mencari permainan ini adalah mudah, mereka mensasarkan pengguna yang tidak berpeluang untuk bermain Cuphead di PC atau Xbox One kerana ketiadaan platform tersebut atau bagi pengguna yang kekurangan bajet untuk membeli permainan yang sebenar.
Cuphead clones Android screenshot

Cuphead kini boleh didapati pada PC dan Xbox One.

sumber: gamerant

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.