Berita

Permainan Payday 2 Akan Dikeluarkan Semula Dalam VR

Diolah oleh hang92

Permainan Payday 2 telah dilancarkan pada 2013, dan sejak itu permainan ini telah mengumpul ramai peminat setia.

Pengeluar permainan ini iaitu Starbreeze, telah mengumumkan untuk terus menyokong permainan ini dengan mengeluarkan beberapa kandungan baru, dan pada hari ini mereka telah mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan ini dalam bentuk realiti maya.

Payday 2 merupakan permainan yang boleh mengakibatkan keadaan menjadi kelam kabut dan huru-hara, jadi permainan ini mungkin akan menjadi lebih gila apabila anda bermain dengan set VR.

Di samping itu juga, permainan ini boleh dimainkan pada plaform cross-play antara VR dan versi biasa, hal ini bermaksud bahawa anda boleh bermain dalam VR dengan rakan-rakan yang tidak mempunyai set VR. 

Walaupun tidak ada tarikh keluaran yang tepat dinyatakan, permainan ini akan mempunyai versi beta yang akan dikeluarkan pada tahun 2017.

sumber : Twitch Starbreeze

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.