Berita

Permainan Popular Superhot Di Oculus Rift Dan HTC Vive Akan Hadir Pada PS4

Diolah oleh Konsol

Permainan Superhot yang telah dipopularkan oleh 2 gergasi pasaran realiti maya iaitu Oculus Rift dan HTC Vive bakal hadir ke Playstation 4 untuk versi normal pada 21 Julai ini bagi pasaran Amerika Utara dan 19 Julai bagi pasaran Eropah.

Baca juga: Superhot & Superhot VR: Bermain Dengan Menghentikan Masa Dengan Permainan Unik Ini

Selain daripada itu, permainan Superhot ini juga boleh didapati untuk versi Playstation VR. Kedua-dua versi normal dan VR ini akan dijual pada harga USD 25 (~RM 98) bagi setiap satu permainan.

Pihak Sony juga memberitahu bahawa, bagi sesiapa yang belum berkesempatan untuk memiliki Playstation VR, anda tidak perlu risau kerana menurut pihak Sony, permainan Superhot ini juga akan menyokong penggunaan Playstation Move dan Dualshock tanpa sebarang pengubahsuaian kepada jalan permainan Superhot ini.

Permainan Superhot ini adalah permainan tembak menembak berasaskan teka teki, dimana pemain perlu menyelesaikan beberapa cabaran dan masalah pada setiap tahap didalam permainan ini.

Walaubagaimanapun, pihak Sony tidak pula mengumumkan permainan Superhot ini bagi pasaran Asia dan itu mungkin agak mengecewakan sesetengah peminat permainan video di rantau ini.

Tetapi anda jangan bimbang, jika anda ingin juga memainkan permainan ini, anda bolehlah menggunakan akaun PSN Amerika. Anda boleh lihat cara-caranya disini bagi yang belum mengetahuinya: Cara-cara Untuk Membuat Akaun PSN US.

Jom kita sembang mengenai pendapat dan pandangan anda tentang berita ini? Sila tuliskannya diruangan komen.

Pendapat dan pandangan anda amat kami hargai 🙂

Sumber: GamingBolt

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia