Berita

Permainan PS4 Kini Boleh Didapati Pada Playstation Now

PS Now
Diolah oleh hang92

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui apa itu Playstation Now, aplikasi ini memberi anda peluang untuk bermain semula permainan lama Playstation pada komputer (laptop atau desktop) anda dengan menggunakan PS Now iaitu perkhidmatan permainan streaming daripada pihak Sony.

Dalam berita terbaru daripada pihak Sony, mereka telah menambah 20 permainan PS4 kepada koleksi permainan PlayStation Now pada minggu ini, menjumlahkan sebanyak 500 permainan kesemuanya sekali.

Sebelum ini, koleksi permainan PlayStation Now hanya terhad kepada tajuk permainan daripada PlayStation 3 sahaja. Namun dengan penambahan daripada tajuk permainan daripada PS4 bermaksud pengguna Windows PC akan berpeluang bermain permainan daripada konsol generasi terkini ini.

Disini kami senaraikan 20 tajuk permainan PS4 yang telah ditambah pada PS Now.

  • Killzone Shadow Fall
  • God of War 3 Remastered
  • Saints Row 4: Re-Elected
  • WWE 2K16
  • Tropico 5
  • F1 2015
  • Darksiders 2 Deathinitive Edition
  • Evolve
  • MX vs ATV Supercross Encore
  • Resogun
  • Helldivers
  • Broken Age
  • Dead Nation: Apocalypse Edition
  • Grim Fandango Remastered
  • Ultra Street Fighter 4
  • Castlestorm Definitive Edition
  • Exist Archive: The Other Side of the Sky
  • Akiba’s Beat
  • Nidhogg
  • Super Mega Baseball

Langganan PS Now berharga $ 19.99 (~ RM 88.90) sebulan untuk akses tanpa had ke semua permainan. Dan caranya adalah sangat mudah. Untuk mengetahui langkah-langkah untuk melanggan PS Now anda boleh baca pada pautan di bawah:

Bagaimana Menghubungkan PS Now dan Komputer Anda

Anda juga boleh mengetahui senarai penuh tajuk permainan koleksi PS Now pada laman web rasmi Sony.

sumber: polygon

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.