Berita

Permainan PSVR Bagi Kaki Pancing Fishing Master Akan Dilancarkan Pada 24 Oktober Ini

Diolah oleh Konsol

Salah satu hobi yang amat ketagih dan kronik bagi majoriti masyarakat Malaysia ialah memancing. Kekronikan dan ketagihan melayan hobi untuk memancing ini bukan sahaja menyebabkan duit anda habis, bahkan ada juga yang sanggup untuk meninggalkan anak isteri bagi melampiaskan nafsu memancing mereka. – Kesian Hanis Zalikha dan Yusof

Tapi perkara ini mungkin dapat dielakkan di masa akan datang dengan perlancaran permainan khusus untuk kaki-kaki pancing yang dinamakan Fishing Master.

Permainan Fishing Master ini akan dilancarkan kelak pada 24 Oktober 2017 bagi platform Playstation Virtual Reality (PSVR). Apa yang menariknya, dengan permainan memancing yang boleh dimainkan pada Playstation Virtual Reality (PSVR) pasti ia akan memberi pengalaman yang sebenar seolah-olah anda betul-betul memancing. Jadi tiada alasan lagi bagi kaki pancing untuk meninggalkan keluarga tersayang selepas ini.

Bagi yang ingin mencuba demo permainan ini, anda bolehlah memuat turun demo permainan ini pada pautan ini : Fishing Master. Tetapi agak mengecewakan sedikit kerana permainan demo ini hanya boleh dimuat turun pada R1 sahaja.

Sumber: pureplaystation

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.