Berita

Permainan Ragnarok Online Akan Kembali Bermula 27 November Ini

Diolah oleh Konsol

Masihkah anda mengingati saat indah anda ponteng sekolah untuk bermain permainan Ragnarok Online pada suatu masa dahulu? Jika anda masih mengingatinya, maka kami dan anda berkongsi pengalaman yang sama 🙂

Permainan Ragnarok Online adalah antara permainan yang menjadi kegilaan para remaja pada lebih sedekad yang lalu. Ini kerana permainan ini adalah antara permainan terawal yang menawarkan konsep dunia terbuka.

Kini setelah 10 tahun berlalu, pihak Gravity dan Electronic Extreme dilihat ingin mengembalikan semula zaman kegemilangan permainan Ragnarok Online ini dengan melancarkan semula permainan ini bermula dengan beta tertutup pada 27 November 2017 ini. Manakala 2 hari kemudian iaitu pada 29 November 2017, pihak Gravity dan Electronic Extreme akan melancarkan pula Ragnarok Online versi beta terbuka.

Apa yang lebih menarik perhatian kami ialah pihak Gravity dan Electronic Extreme turut berjanji bahawa permainan Ragnarok Online ROExtreme ini akan dilancarkan secara percuma dan tidak akan mempunyai sebarang pembelian di dalam permainan seperti yang terdapat pada versi Ragnarok Online pada masa dahulu.

Jadi jika anda juga tidak hadir ke sekolah untuk memainkan permainan Ragnarok Online ini di kafe siber seperti kami pada 10 tahun yang lepas, apa kata ramai-ramai kita mendaftar untuk menyertai beta terbuka pada 29 November 2017 ini. Anda boleh ke laman rasmi permainan ini pada pautan dibawah untuk maklumat lanjut.

Laman Rasmi: Ragnarok Roextreme

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.