Imbasan Pilihan Kami

Permainan Retro : 6 Permainan Yang Mencabar Untuk Ditamatkan

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Bila imbas kembali, rasa-rasanya kami tak pernah menyaksikan penggulungan kredit pada penghujung permainan yang kami sebutkan di bawah. 

Cuma kami sekadar nak bertanya pernah atau tidak anda bermain permainan legenda ini serta dapat menghabiskan permainan ke penghujungnya?

Jika jawapan anda ya, berikan pendapat dalam ruangan komen. (10M)

Jika anda jawapan anda tidak, sila berikan sebab kenapa dalam ruangan komen yang disediakan di bawah (10M)

1 – Contra

Bolehkah anda menggelarkan diri anda seorang legenda konsol jika anda tidak pernah bermain permainan Contra ini?

KONAMI pada asalnya mencipta permainan ini untuk permainan arked pada tahun 1987. Lalu melihat kejayaan Contra, KONAMI memutuskan untuk mengalihkan platform kepada konsol pula.

Kenangan watak protaganis pada permainan ini tidak dapat dilupakan ketika melompat sambil bergulung di udara dan menembak.

Apa yang paling seronok pada permainan ini peluru tak pernah habis dan begitu juga kami, rasanya kami tak pernah habis bermain permainan ini.

2 – Sensible Soccer

Sensible Soccer telah dihasilkan pada tahun 1992 oleh sebuah syarikat bernama “Sensible Software” dan berjaya mengambil tempat di kalangan peminat pada zaman itu.

The Sensible Soccer, yang menggunakan pandangan dari atas stadium. Senarai nama pemain yang panjang dan sistem pengurusan juga terdapat dalam permainan ini dengan grafik 2D, malah permainan pada hari ini pun tidak dipaparkan secara terperinci seperti permainan ini.

Anda boleh menjaringkan gol yang tidak masuk akal dan kemudian dapat menonton sekali lagi dengan ulangan video semula.

3 – Pac-Man

Pac-Man adalah permainan arked yang dibangunkan oleh Namco pada tahun 1980. Dalam permainan ini, kita cuba untuk mengambil semua mutiara kecil dalam suatu peta khas ketika cuba mengelak hantu pada masa yang sama.

Apabila kita mengambil objek putih dalam permainan ketika sedang dikejar oleh hantu, hantu tiba-tiba bertukar menjadi biru dan mula melarikan diri. Kita boleh memakan hantu sehingga kesan objek putih tadi tamat.

4 – Silver Surfer

Satu lagi permainan yang dicipta pada tahun 1990 untuk NES.

Bagi anda yang tidak mengenali permainan ini pasti anda akan rasa hairan kerana Silver Surfer yang dicipta oleh Marvel sepatutnya lebih suka terbang di udara.

Tetapi tidak dengan Silver Surfer dalam permainan ini kerana lebih cenderung melawan reptilia dan berlawan sekitar sungai atau air..

5 – Duck Hunt

Dalam tahun 90-an, permainan ini boleh didapati daripada konsol pertama kita ; NES.

Sebenarnya tak masuk akal untuk menembak itik di atas skrin menggunakan hanya pengawal tidak seperti senapang khas pada Nintento Wii.

Sebahagian daripada anda mungkin tahu tetapi bagi mereka yang tidak tahu. Senjata untuk menembak itik ini berdasarkan masa di antara itik terbang dan masa tindakan pada pengawal anda, jadi ia tidak ada kaitan dengan menyasarkan pengawal anda pada itik atau pada TV.

Ia adalah salah satu permainan yang sangat susah dan kami masih belum menghabiskan walaupun sehingga kini.

 

6 – Circus Charlie

Permainan ini dibuat oleh syarikat Konami dimana pemain perlu mengawal watak badut yang bernama Charlie. Permainan ini dilancarkan pada platform arked terlebih dahulu pada tahun 1984 dan kemudian baru dilepaskan pada platform Famicom pada tahun 1986.

Permainan ini mempunyai 6 peringkat yang menawarkan kelainan pada setiap peringkat yang harus ditempuhi oleh Charlie. Anda perlu mengambil bungkusan duit, melakukan aksi bahaya, mengelak musuh, dan lain-lain lagi.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

© 2017 Konsol Medium Ent.