Ulasan

Permainan Seram PS4 Yang Anda Perlu Main Bersendirian – Bahagian 2

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Permainan video seram semakin mendapat tempat di kalangan para pemain permainan video sejak akhir-akhir ini.

Playstation 4, khususnya,mempunyai banyak pilihan permainan seram untuk dipilih. Oleh itu, di sini kami senaraikan lima permainan seram pilihan kami untuk bahagian 2.

Baca di sini untuk Permainan Seram PS4 Yang Anda Perlu Main Bersendirian – Bahagian 1

1 – Last of Us

Mungkin ada yang tidak bersetuju bahawa permainan video ini dikategorikan sebagai genre seram. The Last of Us berlaku selepas penyakit yang dahsyat telah menular ke manusia, atau kata lainnya, Zombi. Spora itu mampu mengawal otak manusia dan membuatkan sebilangan besar manusia menjadi Zombi.

Makhluk-makhluk berbahaya, seram dan ngeri akan berkeliaran, jadi anda akan perlu lakukan yang terbaik untuk mengelak daripada berlawan atau bersemuka dengan makhluk-makhluk ini.

Ini kerana sumber asas untuk “survival” adalah terhad. Jika anda boleh mengelak daripada bertembung dengan “the killer mushroom-man“, itu adalah pertaruhan terbaik anda. Tetapi apa yang lebih berbahaya adalah manusia yang belum dijangkiti itu sendiri.

Dalam dunia dipenuhi Zombi ini manusia telah bergerak ke ambang kepupusan dan terdesak untuk meneruskan hidup. Hanya kerana sebuku roti boleh mengubah manusia itu menjadi pembunuh.

The Last of Us adalah permainan yang menarik yang mempunyai jalan cerita yang menakjubkan dan emosi yang pasti akan memberi kesan kepada anda.

2 – Lone Survivor

Permainan seram 2D ini mempunyai ciri yang hampir sama dengan permainan video Silent Hill dan Resident Evil.

Di dalam permainan ini anda akan bersendirian di dalam sebuah pangsapuri ‘bertemankan‘ beberapa makhluk yang juga berkongsi bangunan pangsapuri ini dengan anda. Anda perlu berjaga-jaga dengan jumlah peluru anda, kerana agak jarang untuk anda mendapat tambahan peluru dan anda juga perlu menjaga kesihatan mental anda sendiri.

Untuk menjaga kesihatan mental, anda boleh balik ke bilik anda untuk tidur dan makan agar watak ada sentiasa berada dalam mood dan kesihatan mental yang lebih baik.

Mekanik mood dan kesihatan mental ini adalah amat penting kerana ini akan menentukan bagaimana berakhirnya watak anda dalam permainan ini.

Dengan banyak unsur-unsur psikologi seram serta kejutan-kejutan yang tidak disangka, Lone Survivor adalah satu kemestian bagi peminat genre permainan video seram.

3 – Alien: Isolation

Jika anda pernah melihat mana-mana filem-filem Alien, anda tahu bahawa Xenomorph adalah makhluk yang cukup menakutkan.

Hampir sama dengan permainan video Outlast dan Amnesia. Anda akan bermain sebagai anak perempuan kepada Rippley, Amanda.

Seperti yang anda bayangkan, ada sesuatu yang sangat tidak kena apabila anda mencuba untuk mengetahui apa yang berlaku di luar ruang angkasa.

Apa yang membuatkan Alien: Isolation begitu menakutkan dan begitu tegang adalah kerana anda tidak boleh mengalahkan Xenomorph dan AI yang begitu tidak menentu dan sukar dijangka.

Anda perlu bersedia untuk menghadapi ketakutan dan keseraman yang maksima sepanjang permainan ini.

4 – Resident Evil HD Remaster

Resident Evil HD Remaster adalah satu pengemaskinian daripada Resident Evil yang keluar asalnya pada GameCube dan itu adalah satu pengemaskinian daripada Resident Evil yang asalnya keluar di Playstation 1.

Dengan Resident Evil menjadi salah satu daripada permainan video seram terawal, ia amat menarik untuk melihat bagaimana permainan ini mewujudkan suasana yang seram ketika anda cuba untuk membongkar rahsia di sebalik Spencer Mansion.

Jika anda tidak tahu, Spencer Mansion adalah rumah kepada segala jenis Zombi dan makhluk lain. Bagaimana mereka sampai ke sana? Apakah kisah di sebalik kejadian ini? Anda akan dapat jawapannya selepas bermain permainan ini sehingga penamat.

5 – Among the Sleep

Kita semua pasti pernah mengalaminya sewaktu kita masih kecil. Mendengar bunyi benjolan di siling atau di dinding pada waktu malam dan secara semulajadi menganggapnya ia adalah raksasa, makhluk asing, hantu atau gabungan ketiga-tiganya.

Di dalam permainan Among the Sleep, anda akan bermain watak kanak-kanak yang kerap terjaga dari tidur di tengah malam dan mahu pergi ke bilik tidur ibu bapa anda.

Seperti yang anda boleh bayangkan, sebagai seorang kanak-kanak dan melihat dunia dari perspektif budak kecil membuat bunyi-bunyi benjolan pada waktu malam lebih menakutkan.

Di sepanjang permainan ini, kami yakin anda akan kagum dengan betapa menyeramkan untuk berhadapan dengan situasi ini sebagai kanak-kanak kecil sekali lagi.

Rumusan

Inilah 5 permainan seram pilihan kami untuk Playstation 4. Jika anda fikir ada sesuatu yang kami telah terlepas atau anda mempunyai pilihan tajuk permainan video seram lain sila maklumkan kepada kami dalam ruangan komen.

Baca di sini untuk Permainan Seram PS4 Yang Anda Perlu Main Bersendirian – Bahagian 1

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.