Pilihan Kami

Permainan Seram Terbaik Di E3 2017

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

E3 2017 mempunyai pilihan permainan seram yang menarik, dengan pelbagai tajuk diperkenalkan di acara permainan video terbesar ini.

Tajuk permainan seram yang diperkenalkan di E3 adalah sangat mengagumkan dan ianya menawarkan pengalaman permainan yang berbeza-beza, seperti dunia terbuka, realiti maya, dan banyak lagi.

Semua permainan seram ini mempunyai potensi untuk menjadi penambahan yang baik untuk genre seram. Di sini kami senaraikan 5 permainan seram terbaik yang membuat kemunculan di acara E3 2017.

Days Gone

Days Gone berkisarkan seorang pegawai kelab motosikal, Deacon St. John, dalam perjuangan untuk terus hidup di padang gurun Pacific Northwest selepas wabak zombi yang melanda. (Zombi dalam permainan ini dipanggil “Freakers.”) Ia mengimbas kembali persekitaran sekeliling The Last of Us, aksi tetapi jalan cerita untuk kedua-dua permainan ini adalah berbeza.

Days Gone masih di dalam fasa pembangunan yang akan menjadi tajuk eksklusif untuk PlayStation 4.

Baca juga: Days Gone : Menunggang Ke Persidangan Sony E3 Dengan Treler Permainan Yang Ganas


Metro Exodus

Francais Metro sentiasa memberi tumpuan kepada unsur-unsur seram claustrophobic (ketakutan terhadap kawasan yang sempit), meletakkan pemain dalam terowong metro bawah tanah yang dipenuhi raksasa ketika pasca-apokaliptik di Rusia.

Metro Exodus akan memberikan pemain sedikit ruang untuk bernafas, membolehkan pemain untuk meneroka di persekitaran yang kelihatan seperti dunia terbuka.

Metro Exodus akan hadir pada tahun 2018 untuk platform PC, PS4, dan Xbox One.


State of Decay 2

State of Decay 2 adalah sekuel kepada permainan State of Decay yang sangat popular di Xbox 360. Permainan asal mempunyai pemain yang bermain dengan ciri pemain tunggal bersama komuniti pemain-pemain Xbox 360 yang lain di dalam bencana zombi ini.

Sekuel ini akan memperkenalkan jenis zombi yang baru dan juga cooperative multiplayer buat kali pertama dalam sejarah siri ini. Pemain akan dapat bekerjasama untuk menentang gerombolan zombi dan akan dapat menikmati ciri pemain tunggal atau dengan sehingga tiga rakan secara atas talian.

State of Decay 2 adalah permainan eksklusif Microsoft yang akan hadir ke PC dan Xbox One pada tahun 2018.


The Evil Within 2

Seperti permainan pertama, permainan ini dibangunkan oleh Tango Gameworks milik Bethesda daripada Jepun. Studio ini juga menghasilkan permainan lain seperti Resident Evil.

Di dalam permainan ini, anda akan menyelamatkan anak perempuan anda, Lily. Ada juga misi-misi lain untuk turut menyelamatkan watak-watak lain dalam permainan ini.

The Evil Within 2 akan dilancarkan pada 13 Oktober 2017 untuk platform PlayStation 4, Xbox One, dan PC.


The Inpatient

Di Dalam The Inpatient, pemain akan mengambil peranan seorang pesakit mental dengan amnesia yang sedang dirawat di Blackwood Sanatorium, 60 tahun sebelum peristiwa yang berlaku di permainan Until Dawn.

Menggunakan PlayStation VR dan PlayStation Camera, The Inpatient akan hadir dengan keseraman dan ketakutan yang unik dan kreatif untuk peminat permainan seram.

The Inpatient masih lagi dalam pembangunan untuk PlayStation VR.


Berdasarkan apa yang kita telah lihat di E3 2017 setakat ini, ia adalah jelas bahawa genre permainan seram masih menjadi fokus kepada penerbit dan pembangun permainan, dengan pelbagai permainan seram yang bertujuan untuk mendapatkan keseronokan pemain.

Mudah-mudahan genre permainan seram dapat meneruskan momentum ini, dan peminat terus disajikan dengan permainan seram yang menarik dan unik.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain seperti ini:

10 Permainan Seram Terbaik Sepanjang Zaman

Permainan Seram PS4 Yang Anda Perlu Main Bersendirian – Bahagian 1

Permainan Seram PS4 Yang Anda Perlu Main Bersendirian – Bahagian 2

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.