Berita

Permainan Tarian Persona 5 Dan Persona 3 Akan Hadir Ke PS4 Dan Vita Pada 2018

persona-3-and-persona-5
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Persona 4: Dancing All Night adalah permainan yang menyeronokkan yang mengambil lagu permainan utama dan menjadikannya permainan tarian yang mengasyikkan. Selain daripada adegan dialog yang agak lama, Persona 4: Dancing All Night adalah percubaan menarik untuk mencantumkan siri Persona ke genre lain.

Atlus telah bersetuju, dan kini menghasilkan perkara yang sama untuk Persona 3 dan Persona 5. Syarikat itu mengumumkan dua permainan baru Persona 3: Dancing Moon Night dan Persona 5: Dancing Star Night semasa Persona Super Live P-Sound Bomb!!!!! 2017 di Jepun minggu ini.

Di samping pengumuman, Atlus juga mengambil peluang untuk mendedahkan treler untuk kedua-dua permainan itu.

Persona 3: Dancing Moon Night dan Persona 5: Dancing Star Night secara serentak akan dikeluarkan di Jepun untuk PlayStation 4 dan PS Vita sekitar tahun hadapan, 2018.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.