Berita

Permainan Terbaru Lego Ninjago Telah Diumumkan, Akan Datang 22 September Ini

legoninjago
Diolah oleh hang92

Filem Lego terbaru iaitu Lego Ninjago akan ditayangkan tidak lama lagi, filem yang dibuat oleh Warner Bros ini akan ditawarkan dalam bentuk permainan video. Permainan Lego Ninjago Movie akan dilancarkan untuk konsol PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, dan juga PC, yang menarik sekali, permainan ini akan dilancarkan serentak dengan tayangan filem Lego Ninjago pada 22 September.

Permainan Lego Ninjago ini membolehkan anda untuk menggunakan watak dan bermain di lapan lokasi berbeza di dalam dunia yang berasaskan dari filem Lego Ninjago. Anda boleh bermain sebagai Lloyd, Nya, Jay, Kai, Cole, Zane, dan Master Wu. Watak-watak ini mesti menguassai “seni ninja Ninjagility,” menaik taraf keupayaan seperti berlari di dinding, melompat tinggi, dan menggunakan “pertempuran Spinjitzu” untuk berlawan dengan Lord Garmadon dan askarnya yang setia iaitu Shark Army dalam misi menyelamatkan tanah Ninjago.

Setiap lokasi yang dimainkan ada tersimpan Challenge Dojo, dimana anda boleh menguji bakat pertempuran anda sebelum berlawan musuh yang sangat kuat.

Selain itu, terdapat juga mod pemain berbilang tanpa keupayaan sambungan internet. Dimana anda boleh bermain bersama 3 orang rakan lain di dalam mod empat skrin terbelah.

Bonus

sumber: NinjaGO Warrior (Youtube)

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan dengan tajuk ini iaitu;

5 Francais Permainan LEGO Pilihan Kami

Video : Lego Marvel Super Heroes 2 Akan Dilancarkan Pada 14 November

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.