Berita

Permainan Tiny Metal Akan Hadir Untuk PS4, Switch Dan PC Pada 21 November Ini

Diolah oleh Konsol

Pernahkah anda bermain permainan Advance Wars pada Nintendo GameBoy Advance pada 16 tahun yang lalu. Jika jawapan anda YA, maka bertuahlah anda kerana pada 21 November 2017 ini, permainan Tiny Metal bakal dilancarkan pada platform Playstation 4, Nintendo Switch dan juga PC.

Untuk pengetahuan anda, permainan Tiny Metal ini adalah permainan yang seumpama Advance Wars yang dilancarkan pada Nintendo GameBoy Advance kira-kira 16 tahun yang lalu. Jadi dengan perlancaran permainan Tiny Metal ini sekaligus akan mengembalikan anda ke suatu zaman yang mengamit nostalgia ketika anda masih kanak-kanak.

Sebagai rujukan, permainan Tiny Metal ini adalah suatu permainan yang berunsurkan peperangan strategi ala-ala Red Alert dimana anda perlu mengawal seorang hero yang bernama Leftenan Artemissian dan seterusnya anda perlulah menggunakan kebijaksanaan anda untuk memenangi peperangan zipang.

Apa yang membuatkan permainan ini amat menarik kerana, menurut pembangun permainan ini, kempen solo yang disertakan akan berdurasi sehingga 10 jam. Jadi bagi mereka yang gemar bermain kempen solo, semestinya permainan Tiny Metal ini dapat memberikan perasaan girang bermain permainan video kepada anda.

Sumber: Siliconera

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malays