Ulasan

Permainan Video Yang Dihasilkan Daripada Komik

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, permainan video yang diadaptasi daripada buku komik telah menjadi perniagaan yang besar.

Jika anda tidak percaya kami, anda cuba imbas kembali beberapa permainan paling hangat sejak lalu iaitu seperti Marvel Vs. Capcom 3, DC Universe, dan Batman: Arkham City. Semua berdasarkan komik.

Spiderman 2

Platform : GameCube, Microsoft Windows, PlayStation 2, Xbox, Game Boy Advance, N-Gage, Mac OS X, Nintendo DS, PlayStation Portable

Superhero ciptaan komik Marvel yang tidak asing lagi iaitu Spiderman, merupakan seorang pelajar yang selalu terlewat untuk masuk ke kelas kerana perlu melawan kejahatan.

Mengisahkan tentang Peter yang perlu menyelamatkan makciknya dari Doktor Octavius yang berubah selepas memakai baju zirah besi yang diciptanya sendiri.

Transformers: Devastation

Image result for transformers: devastation gameplay

Platform : Microsoft Windows, PlayStation 3, PlayStation 4, Xbox 360, Xbox One

Siri Transformers daripada komik sehingga ke filem tidak pernah mengecewakan. Movie arahan Michael Bay ini tidak sah jika tiada kesan letupan yang menjadi trademark membawa ke dalam setiap filem arahan beliau.

Permainan ini mengisahkan mengenai Autobot  Optimus PrimeBumblebeeSideswipeWheeljack, dan Grimlock melawan robot musuh untuk menyelamatkan bandar dari ditawan dan Autobot juga perlu melawan robot yang lebih besar darinya dan perlu melepasi cabaran untuk membuat misi-misi tertentu. 

MOVIE TRANSFORMERS AKAN KELUAR TIDAK LAMA LAGI, ADUH CEPATLAH DATANG

X-Men Legends

Image result for X-Men Legends gameplay

Platform : GameCube, N-Gage, PlayStation 2, Xbox

Mengisahkan orang ramai yang tidak menyukai dengan kehadiran mutan. Pemain perlu menyelamatkan seorang budak perempuan bernama Alison dari Bob dan Mystique supaya tidak diajar menjadi penjahat.

Pemain perlu menewaskan mutant yang lain untuk mengumpul XP dan meningkatkan kuasa ke tahap maksima untuk memudahkan pemain menewaskan penjahat seterusnya.

Permainan ini juga disertakan dengan mod pemain tunggal dan kerjasama.

The Wolf Among Us

Image result for The Wolf Among Us gameplay

Platform: PlayStation 3, PlayStation 4, PlayStation Vita, Xbox 360, Xbox One

Pemain perlu mengawal protagonis Bigby Wolf dan perlu menyiasat pembunuhan. Pemain juga boleh meneroka setiap apa yang terdapat di dalam peta dan ketika meneroka pemain akan menjumpai barang tertentu dan boleh menyimpannya di dalam inventori.

Setiap tindakan yang dilakukan akan mengubah apa akan berlaku di pengakhiran. 

Scott Pilgrim vs The World: The Game

Image result for Scott Pilgrim vs The World: The Game gameplay

Platform : Xbox 360, PlayStation 3

Ubi Lembut mencipta permainan ini samada pemain boleh bermain berseorangan atau bersama rakan. Pemain boleh bermain sehingga 4 watak seperti Scott Pilgrim, Ramona Flowers, Kim Pine atau Stephen Stills  dan beberapa watak yang dikunci.

Setiap pemain juga mempunyai pergerakan dan mempunyai statistik yang tersendiri. Jika berjaya menewaskan musuh, pemain akan mendapat syiling untuk dibelanjakan samada untuk meningkatkan nyawa atau menaikkan statistik sendiri. 

The Punisher

Image result for The Punisher gameplay

Platform : PlayStation 2, Xbox, Microsoft Windows

Punisher si penghukum ini melawan setiap penjahat besar dari Ma Gucci hingga ke Eternal Sun. Dia juga dibantu oleh Nick Fury semasa berlawan Kreigkopf dan Rusia di Grand Nixon.

Punisher pernah mencetuskan kontroversi kerana ada adegan yang sangat ganas sehinggakan pemaju pernah terfikir untuk membuat dalam versi hitam putih untuk mengurangkan kengerian visualnya.

Negara Australia juga pernah meminta untuk memotong beberapa adegan kerana terlampau ganas.

Baca juga artikel yang seperti ini di konsol.my

Permainan Yang Seronok Apabila Melihat Orang Lain Bermain

Marvel vs Capcom: Infinite Akan Ditambah Watak Ultron, Rocket Raccoon, Chris Redfield dan Banyak Lagi

Apa Persamaan Filem Logan dan Permainan The Last Of Us?

ULTIMATE MARVEL VS CAPCOM 3

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.