Berita

Permainan Xbox Backwards Compatible Tidak Akan Menyokong Skrin Lebar

Diolah oleh hang92

Bos besar Xbox, Phil Spencer telah menyatakan bahawa permainan Xbox asal tidak boleh dilebarkan apabila dimainkan pada skrin TV jika dimainkan secara secara backwards compatible.

Microsoft telah mengumumkan pada persidangan E3 2017 bahawa permainan asal Xbox boleh dimainkan pada Xbox One dengan program Backwards Compatibility mereka. Ini adalah perkara yang sangat menarik kerana permainan yang terdapat pada konsol klasik Xbox kini boleh dimainkan pada konsol generasi baru seperti Xbox One X menggunakan perisian terbaru daripada Microsoft.

Salah seorang pemain telah bertanya soalan pada Phil Spencer di Twitter sekiranya permainan asal Xbox ini akan menyokong skrin lebar. Jawapan kepada soalan tersebut adalah TIDAK, hal ini kerana kebanyakkan tajuk permainan asal Xbox tidak dibina untuk dimainkan pada skrin lebar, maka ianya adalah sangat payah untuk membina permainan tersebut sehingga menyokong kembali untuk skrin lebar.

Oleh itu, kesemua permainan asal pada Xbox yang dimainkan pada konsol Xbox One menggunakan backwards compatibility akan dipaparkan menggunakan resolusi nisbah asal permainan tersebut.

Porgram Xbox Backwards Compatibility dicadangkan untuk dilancarkan pada penghujung tahun ini.

sumber: hardcoregamer

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.