Ulasan

Permainan Yang Seronok Apabila Melihat Orang Lain Bermain

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Kadangkala seronok juga hanya duduk dan menonton orang lain bermain.

Mungkin kerana anda tidak pandai bermain tetapi anda berminat untuk melihat bagaimana mereka boleh menyelesaikan sesuatu masalah di dalam permainan. Atau mungkin kerana mereka mempunyai kehebatan yang luar biasa dalam sesuatu permainan.

Kami telah memilih 5 contoh permainan terbaik khas untuk anda berasa seronok menonton orang lain bermain.

Tetapi dengan syarat, anda boleh tengok tapi jangan kacau. 

The Last of Us

Pernah sekali kami lepak di belakang kawan kami untuk menyaksikan dia bermain TLOU ini. Sampai kami tak sedar bahawa kami kena ambil isteri dari tempat kerja. Alih-alih isteri balik naik Uber.

Permainan ini mengisahkan tentang Joel dan Ellie untuk meneruskan hidup dari wabak cordyceps virus dalam permainan TLOU.

Hanya tinggal sedikit sahaja manusia yang masih belum berubah. Jalan cerita, grafik dan permainan emosi ini sangat menarik untuk sesiapa terus menonton rakan-rakan anda bermain.

Super Mario

Salah satu permainan lagenda. OK ini ada satu lagi kisah, kami teringat semasa dahulu pergi rumah jiran semata-mata ingin menyaksikan dia bermain permainan ini, tengok pon jadi walhal yang bermain dia seorang sahaja.

Itu belum lagi termasuk mata kami sentiasa tertumpu pada pengawal kerana dalam hati terasa teringin nak main sangat.

Permainan yang membawa nama Mario dan Luigi ini menjadi satu fenomena suatu ketika dahulu. Mereka harus menyelesaikan semua misi yang ada untuk menyelamatkan puteri dari kura-kura bermuka buaya.

Street Fighter

Street  Fighter ini tidak sah jika tiada yang penonton di belakang kecuali bermain di dalam bilik seorang diri.

Apabila anda bermain di pusat arked, cuba anda toleh ke belakang dan akan dipenuhi dengan penonton, lagi-lagi jika anda pandai membuat kombo yang menarik. 

Pelbagai watak-watak yang menarik dan mempunyai pelbagai skil untuk menjatuhkan pihak lawan. Itu tidak termasuk lagi watak pahlawan wanita yang menjolok mata. 

Haaa mesti ada yang tengok sebab watak perempuan dia kan?

Initial D (Arked)

Penonton untuk permainan Initial D ini pula samaada sudah kehabisan token untuk bermain, atau memang tiada duit sebab rakan tidak memberitahu awal bahawa hari ini anda perlu ponteng sekolah kerana hendak ke arked.

Sebenarnya pelbagai lagi permainan perlumbaan kereta arked yang digemari oleh orang ramai terutama yang suka menonton seperti Daytona USA atau Wangan Midnight.

Initial D berkisarkan tentang perlumbaan merentas bukit yang terdapat di dalam komik Manga. Anda boleh menyimpan setiap pencapaian yang anda lakukan menggunakan kad yang anda boleh dapatkan di kaunter.

Kami tidak berapa gemar dekat orang yang tidak bermain tapi saja nak usik-usik tombol gear. Konon dia bermain lagi hebat daripada kita.

Metal Gear Solid 5

Ada kadangkala tu adik kami sedang menonton di belakang mengeluarkan suara “Abang baik sorok dulu, tunggu musuh jalan depan sikit lepas tu tembak”

Sejujurnya kami geram dengan si penyibuk ini, tapi perangai biasa budak-budak ini kalau tengok kita bermain permainan video ini, bila kita mati atau kalah mula diejek katanya tidak pandai bermain.

Snake perlu menyelesaikan misi yang diberi oleh orang atasannya dan melakukan menggunakan caranya yang tersendiri. Tidak kira jika terpaksa menyorok dalam kotak untuk ke satu tempat lain pun anda perlu lakukan jika tidak misi anda tidak akan habis.

Apakah anda suka permainan MGS ini ? Kongsikan bersama kami.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.