Ura-ura

PERSONA 5 – BERMAIN SEBAGAI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH YANG BERMASALAH

Diolah oleh Along Naz

Permainan ini sudah diterbitkan di Jepun. Kita bila lagi? 

PERSONA 5 adalah permainan berkenaan dengan konflik dalaman dan luaran bagi pelajar sekolah menengah yang bermasalah – Protagonis dan bertemu dengan rakan-rakan lain  yang hidup dalam 2 watak sebagai Phantom Thieves. Mereka mempunyai rutin harian yang biasa di Sekolah Tinggi Tokyo –  pembelajaran di dalam kelas, aktiviti di luar waktu persekolahan dan juga melakukan pekerjaan separuh masa.

Tetapi pada masa yang sama mereka juga mengembara menggunakan kuasa batin untuk memasuki hati manusia lain. Kuasa mereka datang daripada apa yang kita panggil sebagai PERSONA – konsep Jungian.

Pemain permainan ini akan menyedari bahawa masyarakat tempatan telah memaksa orang lain untuk memakai pelindung muka untuk melindungi kuasa dalaman mereka. Phantom Thieves akan membuka pelindung muka bagi mengeluarkan kuasa dalaman mereka bagi membantu menyelamatkan sesiapa yang memerlukan bantuan. Akhir sekali, kumpulan Phantom Thieves berusaha untuk mengubah kehidupan seharian mereka untuk mengubah persepsi mereka terhadap kehidupan masyarakat biasa.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.